Bingkisan Jumaat : Sifat Lemah Lembut Menjemput Kebaikan
عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
Daripada Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang) , bererti ia dijauhkan dari kebaikan"
(HR Muslim No: 4694)
Lemah lembut adalah salah satu sifat terpuji. Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan.
Berazamlah untuk memiliki sifat lemah lembut dan jiwa yang penuh kasih sayang, nescaya pelbagai kebaikan akan dianugerahkan Ilahi seperti anugerah nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan dijauhkan musibah serta lain-lain keburukan.
Marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut terhadap satu sama lain.
Semoga bermanfaat 🤗