CW 11.06.2021 : Sesungguhnya Pada Setiap Kesulitan Akan Datang Kemudahan
✨ Bingkisan Jumaat : Sesungguhnya Pada Setiap Kesulitan Akan Datang Kemudahan
Ramai yang sedang bergelut dengan ujian besar ketika ini. Memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pandemik Covid 19 ini masih belum tampak sinar pengakhirannya.
Apapun keadaan yang dihadapi sekarang - berdamai diri. Kita akan keluar dari kesulitan ini. InshaAllah ia ujian untuk kita bina diri supaya apabila sampai masa nanti, kita dapat bergerak lebih laju lagi.
Tetap yakin yang pertolongan Allah itu dekat. Dan mungkin sudah tiba masa kita perlu 'mengetuk pintunya' dengan lebih kuat dan mengadu nasib dunia yang makin melarat.
Sesungguhnya pada setiap kesulitan akan datang kemudahan.
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al Insyirah : 5]
Olive House senantiasa bersama anda. Semoga doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.
Bersabar, usaha dan teruskan bertawakkal.