Jom sahur dengan Air Nabeez!
Jom sahur dengan Air Nabeez!
Bahan-bahan:
1. Kurma (bilangan ganjil)
2. Anggaran air dalam 1 gelas
Cara-cara:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil, anggaran dalam 3 biji dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk.Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.
3. Minum ketika bersahur.
Di samping mengamalkan air Nabeez, jangan lupa untuk ambil Olivie Plus 30X untuk ekstra tenaga semasa berpuasa nanti tau!
Air Nabeez, Minuman kegemaran Rasulullah SAW.
Nampak simple, tapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang mungkin anda tak tahu. Jom lihat khasiat-khasiatnya.
Khasiat Air Nabeez:
1. Pemberi dan pemulih tenaga
2. Tinggi kandungan fiber yang mampu menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya dengan pottassium: Ia penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah. Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
5. Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain, ia berguna sebagai sebagai detox.
Semoga bermanfaat!