Aafiyat Sharing: Kenapa buah delima disebut antara salah satu ‘super food’ di dalam Al Quran?
Diriwayatkan oleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni, “Makanlah delima berserta kulitnya kerana buah delima baik untuk penghadaman perut.” (Rujukan dari ymr2u.blogspot.com) . Kulit buah delima yang berwarna kuning kemerahan dan berisi biji biji kecil merah di dalamnya mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.
Terdapat banyak kebaikan yang boleh kita perolehi dari buah delima, namun pada hari ini saya akan ceritakan 9 khasiat Buah Delima Untuk kesihatan berserta bukti kajian saintifik.
1. Buah delima halang radikal bebas – Sifatnya yang diperkaya dengan anti oksida membantu dalam melindungi tubuh manusia dari menyerap radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan.
2. Membantu mencairkan darah – Antioksida yang terdapat dalam buah delima bertindak sebagai pencair darah. Ini dapat mengelakkan dari darah tersumbat serta bergumpal dalam saluran arteri.
3. Mencegah dari atherosclerosis – Amalkan makan buah delima dapat membantu membuang lemak berlebihan di dalam salur darah.
4. ‘Tank’ oksigen - Apabila lebihan lemak dibuang, saluran arteri tidak tersumbat maka ia membantu darah mengalir dengan bebas dan seterusnya meningkatkan tahap oksigen dalam badan.
5. Membantu atasi disfungsi erektil – Khas untuk para lelaki, ambil jus atau buah delima dalam diet seharian membantu dalam masalah batin.
6. Delima sarat dengan nutrien yang bermanfaat – Dalam buah delima mengandungi fiber, protein, potassium, vitamin C & K serta folate.
7. Mampu tingkatkan daya ingatan – Kajian mendapati responden yang mengamalkan just delima mampu meningkatkan dan tajamkan daya ingatan. Sangat sesuai untuk mencegah penyakit seperti alzhaimer.
8. Baik untuk penghadaman – Buah delima diperkaya dengan fibre yang sangat baik untuk system pencernaan. Bagi yang mengalami masalah sembelit, boleh minum satu cawan jus delima setiap hari.
9. Mencegah pembentukan karang gigi –. Satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak hidroalkohol buah delima berkesan merendahkan pembentukan plak gigi akibat pembentukan mikroorganisma hampir 84%
Hebatkan kelebihan yang ada pada buah delima ini! Patutlah buah delima adalah antara makanan sunnah yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi, jangan lupa amalkan buah delima atau jus delima dalam diet seharian kita.
Selamat mencuba serta beramal okay!