Aafiyat Sharing: Obesiti Tingkatkan Risiko Asma
Pada ulasan yang lalu kita sudah lihat kaitannya obesiti dengan kanser, darah tinggi dan juga covid. Kali ini kita lihat kaitan obesiti dengan asma pula.
Asma atau lelah adalah penyakit kronik paru-paru yang mengakibatkan:
👉Hipersensitiviti salur pernafasan
👉Penghasilan mukus atau lendir yang banyak
Faktor-faktor ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan menyumbang kepada masalah sukar bernafas.
Obesiti boleh menyebabkan perubahan saluran udara (berlaku penyempitan) yang menyebabkan sesak nafas. Secara logiknya, lemak yang terkumpul dan badan yang berat akan menyukarkan proses pernafasan iaitu mengurangkan keupayaan paru-paru untuk berkembang sepenuhnya ketika menarik nafas.
Orang yang obes mudah mengalami keradangan yang membawa kepada masalah saluran pernafasan. Sebab itu obes sangat berkait rapat dengan asma kerana ia salah satu punca meningkatkan risiko penyakit asma.
Justeru, disarankan untuk anda yang obes supaya berusaha meningkatkan tahap kesihatan dengan memulakan langkah perubahan. Follow kami dalam kempen Change Now dan dapatkan tips dan info gaya hidup cara Aafiyat.
Rujukan: Turun Berat Badan Untuk Penghidap Asma, Jom Cuba Tip Ini! (hellodoktor.com)