Tahap kematangan buah zaitun mempengaruhi kualiti minyak zaitun yang terhasil?
Tahap kematangan buah zaitun mempengaruhi kualiti minyak zaitun yang terhasil?
Salah satu faktor yang mempengaruhi kualiti minyak zaitun ekstra virgin (EVOO) adalah tahap kematangan buah zaitun (fruit ripeness). Minyak zaitun yang diproses menggunakan buah zaitun putik sememangnya mempunyai nilai asid yang rendah. Ianya menunjukkan tahap kesegaran dan tahap kematangan buah zaitun dan bukan manfaat kesihatannya.
Semakin buah terus masak dan matang, semakin bertambah nilai keasidannya, buah zaitun yang telah menjadi hitam menunjukkan nilai keasidan yang paling tinggi. Akan tetapi nilai keasidan yang tinggi hanya menunjukkan perbezaan kesegaran dan bukan nya kebagusannya dalam memberi manfaat kesihatan secara keseluruhannya. Untuk mengukur,minyak zaitun yang mempunyai manfaat kesihatan yang mana lebih tinggi perlulah melihat kepada nilai komponen yang lain seperti komponen-komponen yang membawa sifat antioksida yang kuat seperti hydroxytyrosol dan sebagainya. Menurut kajian, secara umumnya buah zaitun putik atau separa-masak mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Akan tetapi setiap jenis atau variasi buah juga memberikan pattern ketinggian Hydroxytyrosol yang berbeza sebagai contoh varieti buah zaitun jenis Carrasqueña menunjukkan nilai tertinggi kepekatan HT pada peringkat hijau pematangan, manakala varieti Corniche menunjukkan nilai tertinggi pada peringkat berbintik dan masak dalam kedua-dua tahun tanaman. Secara umum, nilai manfaat Kesihatan yang ditemui pada peringkat berbintik pematangan adalah yang tertinggi kerana ianya mengandungi nilai komponen yang tinggi sifat antioksidan yang tertinggi (seperti dalam rajah). Kesimpulannya Olivie 30X Plus mempunyai nilai kualiti minyak zaitun yang baik kerana:
- Olivie 30X Plus dihasilkan daripada buah zaitun putik atau separa-masak.
- Setelah dituai, buah zaitun segera diproses secara perahan sejuk di mana ianya diproses pada suhu rendah untuk mengekalkan khasiat dan kebaikan minyak zaitun Olivie 30X.
- Seterusnya, ia dibotolkan di dalam botol gelap untuk menjamin kualiti minyak zaitun untuk diamalkan oleh pengguna.