• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
aafiyatmewell

Aafiyat Lifestyle: Diabetes & Keturunan: Tanggapan yang perlu dibetulkan

 
World diabetes day, Healthcare and medical concept. Healthy food including fresh fruits, vegetables, weight scale, sports shoes, dumbells, measure tape and diabetic measurement set on black background.

‘Dah cik ada kencing manis, mesti mak atau ayah pun sama kan?’
‘Ramai juga yang ada sejarah macam ni, Keturunan kan..’

Ni lah antara dialog yang selalu jadi tanggapan dalam masyarakat.

Berdasarkan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, sejumlah 49% daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini.

Dan…
Bila dah lalui beberapa siri simptom diabetes berlarutan lamanya serta dapatkan pemeriksaan lanjut, terdetik pula dalam hati, ‘ni penyakit keturunan kot, dah abah aku pun pesakit diabetes…’

Come on,
Tahun baru dan azam baru ni,
Elakkan tanggapan-tanggapan sinis kepada satu faktor penyebab saja.

Dalam situasi diabetes ni, selain diletakkan keterlibatan keturunan, pemakanan harian dan gaya hidup jauh lebih besar impaknya kepada lebih baik mahupun buruk.

Ayuhla kita ubah pemakanan harian kita dengan :
✅Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam, gula serta lemak trans
✅Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi nutrisi daripada ‘plant-based food’ berbanding ‘animal-based food’
✅Kerapkan pengambilan air kosong

Semoga tahun baru membawa sinar baru dalam sejarah kesihatan anda hasil perubahan kepada corak pemakanan dan gaya hidup lebih aafiyat?

Rujukan:

(1)https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf

(2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary