Aafiyat Cakna: Penyakit Asma: Siapa Yang Lebih Berisiko Menghidapinya?
Sejak beberapa tahun ini, golongan yang mengidap obesiti dan asma kelihatan meningkat bersama-sama. Berat badan yang bertambah boleh memberi kesan terhadap fisiologi paru-paru termasuk:
‼️Sekatan lemak di sekeliling dinding dada dan perut. Ini boleh mengakibatkan kapasiti paru-paru berkurangan
‼️ Isipadu simpanan udara menjadi rendah dari diafragma ke atas kerana peningkatan lemak perut
‼️Saluran udara mengalami keradangan yang lebih kerap di kalangan pesakit asma yang obes
‼️Hormon Adipokin dan protein yang dikeluarkan oleh tisu adiposa(lemak badan) meningkatkan risiko keradangan disebabkan oleh hipersensitiviti di saluran pernafasan
Bagi individu obes yang menghidap penyakit asma, penurunan berat badan akan memberi impak besar untuk mengurangkan gejala asma seterusnya memberi kawalan penyakit asma yang lebih baik.
Mulakan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini termasuklah memperbanyakkan sayuran, buahan, cuka buahan asli dan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam menu makanan harian. Kurangkan makanan yang bergula dan berlemak tepu. Anda mampu mengubahnya. Change Now!💪
Rujukan:
(1) Baffi, C. W., Winnica, D. E., & Holguin, F. (2015). Asthma and obesity: Mechanisms and clinical implications. Asthma Research and Practice, 1(1).https://doi.org/10.1186/s40733-015-0001-7
(2) Marko, M., & Pawliczak, R. (2018). Obesity and asthma: Risk, control and treatment. Advances in Dermatology and Allergology, 35(6), 563–571. https://doi.org/10.5114/ada.2018.77607