Aafiyat Cakna: Negeri Diabetes Tertinggi di Malaysia
Diabetes dan penyakit jantung adalah dua penyakit teratas penyebab kematian di dunia. Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis (diabetes) tertinggi di Asia dan salah satu yang tertinggi di dunia.
Kebanyakan penyakit diabetes jenis 2 *tidak menunjukkan sebarang gejala* sehinggalah tiba-tiba terkena serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, menjadi buta dan risiko amputasi.
Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:
1) Penggunaan gula tambahan dalam pemakanan harian
2) Berat badan berlebihan
3) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
4) Pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
5) Faktor keturunan ahli keluarga pengidap diabetes
6) Peningkatan umur
Kurang kesedaran diri dan gemar mengambil mudah isu berkaitan dengan kesihatan merupakan antara punca ramai individu tidak menyedari bahawa diri mereka sebenarnya menghidap diabetes. Ayuh kita ubah kepada gaya hidup Aafiyat!
Rujukan:
(1) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes_
(2) https://buletinonlines.net/v7/index.php/malaysia-mempunyai-kadar-diabetes-tertinggi-di-asia/