Storytelling 08.06.2021 : Rhinosinusitis = Rhinitis + Sinusitis
✨ Aafiyat Open Mic : Rhinosinusitis = Rhinitis + Sinusitis
“Satu daripada lapan orang dewasa dan hampir 16 juta lawatan ke doktor setiap tahun berkaitan Rhinosinusitis.” (Dr. Gan Chon Chean, Consultant ENT Surgeon Columbia Asia Hospital)
Wah, boleh tahan juga ye masalah rhinosinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung ni ye berdasarkan statistik Dr Gan di atas tu. Secara peribadi saya sendiri pun melihat ramai kenalan yang menghadapi masalah resdung ni.
Resdung ni berpunca daripada jangkitan kuman, virus (streptococcus & staphylococcus) alahan dan juga disebabkan kelemahan sistem imuniti tubuh seseorang itu.
Antara gejala yang mungkin akan anda hadapi ialah:
1. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan,
2. Sakit kepala
3. Kurang deria bau (disebabkan hidung tersumbat)
4. Sakit tekak berpanjangan
5. Batuk
6. Sakit di bahagian muka dan mata
7. Sering bersin dan muka/hidung gatal dengan lendir berlebihan
8. Berdengkur secara kronik
Kategori-Kategori Resdung :
📌 Rhinosinusitis akut - satu jangkitan baru yang boleh bertahan sehingga empat minggu dan boleh dibahagikan mengikut symptom; teruk atau bukan teruk. Sesetengah orang boleh dijangkiti sehingga 12 minggu
📌 Rhinosinusitis akut berulang - empat atau lebih serangan penuh dengan sinusitis akut yang berlaku dalam tempoh satu tahun
📌 Rhinosinusitis subakut - jangkitan yang berlangsung antara empat dan 12 minggu, dan merupakan satu peralihan antara jangkitan akut dan kronik
📌 Rhinosinusitis kronik - apabila tanda-tanda dan gejala-gejala yang bertahan lebih daripada 12 minggu.
📌 Rhinosinusitis kronik bertambah akut - apabila tanda-tanda dan gejala rinosinusitis kronik bertambah buruk lagi, tetapi kembali pada biasa selepas rawatan
Berdasarkan pengalaman, resdung sebenarnya boleh diubati dengan mengamalkan gaya hidup yang aafiyat yang merangkumi pemakanan dan aktiviti fizikal serta spiritual kita dengan Allah (sebagai Muslim).
Tak percaya? Ok cuba lakukan perkara ini apabila anda diserang resdung:
✅ Elakkan makanan segera dan jajan
✅ Kurangkan atau tidak mengambil gula putih
✅ Kurangkan makanan yang bersifat karbo ringkas
✅ Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan
✅ Kurangkan pengambilan daging tetapi lebihkan ikan
✅ Amalkan minyak zaitun, habbatus sauda dan madu
Kenapa perlu kurangkan makanan yang tidak sihat dan daging? Sebab apabila anda sedang diserang resdung, sistem tubuh anda sedang berusaha keras untuk menanganinya. Jika anda masih mengambil makanan yang bersifat keradangan, maka semakin lambatlah proses penyembuhan berlaku.
Sebaliknya jika anda berusaha menjaga pemakanan dengan makanan yang bernutrisi dan berkhasiat tinggi, insyaAllah proses penyembuhan akan segera berlaku.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat !