Info Aafiyat: 3 Jenis Makanan Yang Wajib Diamalkan Untuk Kesihatan Jantung Maksimum
Jika anda didiagnos dengan kegagalan jantung, doktor yang merawat akan mendorong anda untuk membuat perubahan pada gaya hidup, termasuk corak pemakanan harian, selain menyarankan prosedur atau ubat-ubatan tertentu.
Dengan mengamalkan menu makanan yang lebih sihat insyaAllah dapat bantu dalam situasi kegagalan jantung dan ikhtiar mengelakkan keparahan.
‘Eat Right’
Ya, ini perlu dibetulkan.
Kelebihan pengambilan minyak zaitun:
✅Sumber lemak sihat serta sebatian fenolik yang berupaya meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kesan akibat tekanan oksidatif.
✅Tinggi Vitamin D & E untuk membantu menghadkan pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat) yang boleh menyebabkan salur darah ke jantung tersumbat.
✅Mengurangkan kesan keradangan dalam tubuh badan membantu diri mengelak risiko serangan penyakit jantung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan sebahagian besar penduduk dunia bergantung kepada perubatan herba untuk penjagaan kesihatan mereka, termasuklah minyak habbatus sauda.
Kesan positif pengambilan minyak habbatus sauda:
✅Menurunkan tekanan darah tinggi
✅Penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan.
Minyak Habbatussauda ini boleh dimakan secara terus atau dinikmati bersama-sama Madu Asli. Nutrien semulajadi daripada Madu Asli yang terhasil oleh aktiviti enzim, bahan tumbuhan, dan bakteria hidup bersama-sama telah menghasilkan komponen yang bermanfaat untuk kesihatan, dan bonus jika nektar diperolehi daripada kepelbagaian jenis bunga-bungaan.
Semoga dengan ikhtiar mengubah corak pemakanan harian akan beri kesan yang ketara kepada tahap kesihatan seisi keluarga.
Jom jalani kehidupan yang lebih Aafiyat !🤗
Rujukan :
1) https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2352241015000286
2) https://www.webmd.com/heart-disease/guide/heart-disease-eat-right
4) https://www.healthline.com/health/heart-failure/meal-plans
5) http://www.yjm.org.my/index.cfm?&menuid=28