Aafiyat Open Mic : Petua Merawat Batuk Berpanjangan
Batuk berpanjangan. Dengar macam takde apa-apa pun kan. Tapi buat mereka yang mengalaminya untuk satu tempoh masa yang lama, pastinya satu penyiksaan.
Rasa tidak selesa sehingga boleh membuatkan diri stres. Mau tidak stres, jika batuk-batuk sudah berbulan-bulan tanpa sembuh. Tambah buruk bila dia datang dengan pakej gatal-gatal di tekak dan berkahak. Ke hospital sudah, klinik pakar sudah. Semuanya tak berhasil.
Gejala batuk berpanjangan ini berpunca dari pelbagai perkara antaranya:
📌 Asma : Batuk akan lebih kerap berlaku waktu malam
📌 Kanser : Sel kanser telah merebak ke paru-paru
📌 Penyakit tibi : Antara yang sukar dikesan kerana sukar dikenalpasti walaupun telah menjalani x-ray
📌 Jangkitan saluran udara oleh virus dan juga kesan dari persekitaran jerebu
📌 Asid refluks (gastrik) : Asid perut yang memasuki saluran udara dalam tubuh boleh menyebabkan batuk berpanjangan
Sekiranya anda mengalami batuk-batuk sehingga sesak nafas, muntah-muntah, demam atau batuk sehingga mengeluarkan darah, segeralah ke hospital untuk rawatan lanjut.
Meningkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat adalah satu keperluan. Tidak dapat tidak, anda kena akui anda berada di hujung zaman yang serba serbi tercemar.
Madu dan habbatus sauda adalah dua penawar yang sudah diakui sejak ribuan tahun. Mempunyai sifat sebagai antibiotik, antivirus dan antioksidan yang sangat berkesan. Malah, di hospital-hospital ternama di luar negara turut menggunakan madu dan habbatus sauda dalam prosedur rawatan penyakit tertentu.
Antara tips dan petua yang sering dikongsikan dan sangat mujarab ialah penggunaan madu dan habbatus sauda dalam mengatasi masalah gatal tekak dan batuk yang berpanjangan.
Caranya mudah sahaja. Campurkan 7-9 titis Minyak Habbatus Sauda Olive House bersama 1 sudu Madu Pergunungan Kyrgyzstan ke dalam segelas air suam. Amalkan 2 kali sehari dengan konsisten. InsyaAllah akan berhasil.
Cubalah !
Jom cegah sebelum parah, kita mampu mengubahnya 💪🏻