Pengetahuan Am : Vitamin A
Vitamin A
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
Kepentingan dan Peranan
- Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
- Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
- Kulit yang sihat
- Lapisan selaput mukosa didalam tubuh
- Sangat baik untuk kesihatan mata dan paru-paru
Kekurangan
Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
- Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
- Kulit kasar, kering dan berjerawat;
- Masalah penghadaman;
- Batu karang (ginjal);
- Rabun malam
- Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
Sumber
Sumber Vitamin A yang baik adalah :
1) Telur
2) Susu segar
3) Beta Carotene dari makanan, yang mana tinggi dalam minyak zaitun, labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit.
Beta carotene ini akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
4) Brokoli
5) Lada benggala
6) Tuna
Keracunan
- Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya diambil dalam bentuk supplemen secara berlebihan.
- Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.
Cadangan pengambilan Vitamin A (Sebaiknya daripada sumber sayuran dan buahan sahaja)
- 900 mikrogram (µg) untuk lelaki dewasa
- 700 mikrogram (µg) untuk wanita dewasa
Contoh: 1/2 cawan lobak sahaja dah membekalkan kira-kira 459µg Vitamin A
Maka beberapa hidangan sayuran sehari akan memenuhi keperluan Vitamin A harian. Dan boleh juga pelbagaikan dengan sayuran lain seperti brokoli dan lain-lain.
Pengambilan Vitamin A yang Berlebihan (biasanya daripada sumber supplement) boleh menyebabkan ;
- Perubahan penglihatan
- Ulser mulut
- Kekeliruan
- Kecacatan pada kelahiran
Maka, saranan pengambilan dari sumber semulajadi adalah digalakkan kerana tubuh akan menggunakan kuantiti yang diperlukan sahaja. Vitamin yang berlebihan akan dibuang melalui sistem perkumuhan dan keperluan tubuh dapat dipenuhi tanpa mendatangkan sebarang kemudharatan.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/vitamin-garam-galian-a-supplemen/
Disunting Oleh : Knowledge Management Department