FAQ Sari Cuka Buah Tin (SCT)
FAQ Sari Cuka Buah Tin (SCT)
1. Apakah produk cuka tin yang dikeluarkan oleh Olive House?
- Cuka Tin 250ml (kod produk: SCT250)
- Cuka Tin 500ml (kod produk: SCT500)
- Cuka Tin 250ml (kod produk: CT Lite)
2. Apakah itu cuka dan bagaimana Cuka Tin (SCT dan CT Lite) dihasilkan?
- Cuka adalah cecair yang dihasilkan daripada proses penapaian atau fermentasi semula jadi buah tin.
- Proses fermentasi:
- Menukarkan gula semula jadi di dalam buah tin kepada cairan etanol (alkohol), dengan bantuan bakteria baik yang hadir secara semula jadi pada buah
Kemudian, cairan etanol ditukarkan secara semulajadi kepada asid asetik (cuka) yang memberikan rasa masam pada cuka.
Gambar 1: Proses penghasilan cuka tin.
3. Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, apakah peraturan makanan untuk cuka tin?
- Peraturan 334 – Cuka
- Cuka hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 4% asid asetik.
- Cuka tidak boleh mengandungi asid mineral (asid tak organik).
- Cuka boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, karamel sebagai bahan pewarna dan rempah sebagai bahan perisa yang dibenarkan.
4. Apakah persamaan dan perbezaan cuka tin SCT dan CT Lite?
SCT |
PERKARA |
CT LITE |
---|---|---|
Warna: Coklat keperangan |
||
Jangka hayat produk: 2 tahun |
||
Keperluan penyimpanan: Simpan di tempat yang sejuk dan jauh daripada cahaya. |
||
· Cuka tin |
Ramuan |
· Cuka tin dan pewarna (INS 150d) |
· Rasa masam (kuat) · Aroma masam yang tajam |
Rasa & Aroma |
· Rasa masam (tidak kuat) · Aroma manis dan lembut |
· Elak dimakan terus · Diambil dengan segelas air kosong atau madu |
Cara penggunaan |
· Elak dimakan terus. · Diambil dengan segelas air kosong atau madu. · Boleh digunakan dalam masakan untuk menumis-reneh, memerap, menjeruk dan memperasakan salad. |
· Organik* (akan datang) |
Pensijilan Organik |
· Tidak |
5. Apakah ‘Mother of fermentation’?
- Mother of fermentation merujuk kepada kepingan yang terbentuk daripada bakteria baik dan selulosa yang terhasil ketika proses pembuatan cuka yang tidak dipastuerkan.
- SCT dan SCT Lite keluaran Olive House mengandungi mother of fermentation. Tetapi, tidak semua akan menghasilkan selaput yang jelas bentuknya (rujuk gambar2).
Gambar 2: Mother of fermentation, mendakan dan warna cuka tin.
6. Adakah cuka tin SCT dan CT Lite Olive House dipasteurkan?
- Kedua-dua cuka tin SCT dan CT Lite TIDAK dipastuerkan.
- Proses pempasteuran merupakan proses pemanasan (suhu 60–66℃) untuk membunuh mikroorganisma merbahaya di dalam makanan supaya tahan lama dan selamat dimakan.
- Proses pemanasan ini berkemungkinan akan membunuh bakteria baik dan mother of fermentation yang ada di dalam cuka tin.
7. Kedua-dua cuka tin SCT dan CT Lite tidak Adakah ianya selamat mikroorganisma merbahaya?
- Cuka merupakan asid asetik yang terhasil daripada proses fermentasi.
- Asid asetik adalah asid lemah yang bertindak sebagai ejen pelindung semula jadi kerana mikroorganima tidak dapat hidup pada keadaan berasid.
8. Kenapa terdapat mendakan di dalam produk cuka tin (CT Lite and SCT)?
- Kedua-dua cuka tin CT Lite dan SCT adalah tidak bertapis dan mendakan yang terdapat di dalam produk merupakan sisa buah tin.
- Mendakan yang terhasil adalah selamat untuk dimakan.
9. Apakah itu pewarna (INS 150d)? (Ramuan di dalam CT Lite sahaja)
- Pewarna (INS 150d) merupakan bahan aditif yang ditambah ke dalam makanan untuk memberikan warna.
- INS 150d adalah pewarna yang merujuk kepada caramel (sulphite ammonia caramel).
10. Apakah itu karamel?
- Karamel adalah gula hangus (burnt sugar).
- Ia dihasilkan dengan memanaskan karbohidrat semulajadi daripada sumber sayuran (glukosa, sukrosa, dsb.).
- Karamel yang terhasil mempunyai ciri aromatik dan memberi warna coklat.
11. Adakah INS 150d (karamel) selamat digunakan?
- Karamel adalah salah satu bahan aditif yang paling banyak digunakan di seluruh dunia dan ianya selamat untuk digunakan.
- Berdasarkan Peraturan Makanan 1985 (Peraturan 334) dan CODEX Alimentarius (CODEX STAN 192-1995), karamel adalah bahan pewarna yang dibenarkan untuk digunakan dalam produk
- Berdasarkan semua data yang ada di EFSA (European Food Safety Authority), panel membuat kesimpulan bahawa warna karamel ini tidak memberikan kesan genotoksik (kerosakan genetik), mahupun karsinogenik dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan.
12. Berapakah tempoh bagi penggunaan cuka tin selepas dibuka?
- Disarankan untuk menghabiskan produk dalam tempoh 3 bulan selepas
- Namun, produk tersebut masih boleh dimakan sekiranya melepasi penandaan tarikh
‘Baik Sebelum’ JIKA tiada perubahan dari segi warna, bau, tekstur dan rasa.
13. Bagaimanakah cara untuk mengetahui produk tersebut telah rosak?
- Produk makanan yang rosak boleh ditentukan melalui 4 kriteria iaitu warna, tekstur, bau dan Produk perlu dilupuskan jika terdapat salah satu kriteria atau lebih pada produk tersebut.
14. Cuka tin mempunyai rasa Adakah ianya sesuai untuk pengguna yang mempunyai gastrik?
- Pengguna disarankan untuk mencampurkan cuka tin dengan segelas air kosong atau madu dan diambil selepas
- Pengguna juga dinasihatkan untuk berbincang dengan pegawai dietetik atau doktor jika