Tocotrienols membantu perkembangan kognitif bayi
Tocotrienols membantu perkembangan kognitif bayi.
Tokotrienol adalah bentuk utama vitamin E yang terdapat dalam minyak sawit, pada nisbah biasa 30%
tokoferol dan 70% tokotrienol. Manakala, otak janin berkembang pesat ketika trimester terakhir
kehidupan janin (pranatal) dan dalam tempoh dua tahun pertama (postnatal) zaman kanak-kanak.
Pengumpulan tokotrienol dalam otak diperlukan untuk melindungi neuron yang terdedah
daripada tekanan oksidatif, dan untuk meningkatkan fungsi neuron sedia ada serta pembentukan
semula neuron. Suplemen oral jangka panjang dilaporkan berkesan dalam menyampaikan tokotrienol
kepada organ penting melalui sistem penghantaran bebas protein pemindahan tokoferol (TTP).
Terdapat kajian yang menyiasat kesan suplementasi Tocotrienol terhadap perkembangan
fungsi kognitif dalam anak tikus jantan. Eksperimen pembelajaran dan langkah laku telah dijalankan
pada tikus anak jantan. Penemuan menunjukkan bahawa nutrien khusus semasa awal kehidupan
secara signifikan mempengaruhi perkembangan kognitif dan tingkah laku.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan Tocotrienol pada ibu
mengandung meningkatkan tahap α-tokotrienol dalam otak bayi. Ini menghasilkan prestasi langkah
laku yang lebih baik dan perkembangan fungsi kognitif pada bayi.