Info Aafiyat: Nutrisi Hebat untuk Hari Yang Padat!
‘Ketidakaktifan fizikal adalah faktor risiko utama ke-4 untuk kematian peringkat global’
(Data oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 2019)
Jadual harian yang padat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Duduk sepanjang hari di dalam bilik berhawa dingin yang selalunya sibuk tanpa tanda-tanda akan berhenti menyebabkan anda menjadi kurang aktif secara fizikal.
Situasi sebegini akan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan, antaranya organ jantung. Risiko yang sangat tinggi dan menjadi parah sehingga kematian lebih awal dalam situasi sebegini boleh berlaku berbanding individu yang kekal aktif walaupun nature kerja yang sama.
Kesibukan yang melampau di tempat kerja bukan alasan untuk anda tidak cakna kepada menu pemakanan harian agar dapat bantu merendahkan risiko kesihatan yang lebih serius.
Sarapan pagi amat penting untuk diambil sebelum anda memulakan jadual kerja yang padat. Cuba amalkan 1 sudu Teh Olivie Power Up setiap hari sebelum sarapan pagi. Dihasilkan daripada buah zaitun, daun zaitun dan ranting pohon zaitun yang semuanya jenis muda sahaja dan bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan termasuklah sistem peredaran darah yang mengepam darah ke seluruh tubuh badan.
Lemak sihat di dalamnya akan memberikan anda sumber tenaga yang optimum untuk memulakan hari yang padat dengan tugasan. Kajian berkaitan lemak sihat jenis mono tidak tepu dan ekstrak daripada daun zaitun telah ditemui bermanfaat secara semulajadi untuk menurunkan tekanan darah serta paras kolesterol LDL(kolesterol jahat).
Sementara buah-buahan yang diperah menjadi jus seperti delima pula baik diambil setiap hari selepas makan untuk manfaat kesihatan tubuh badan. Delima mengandungi kandungan kebaikan semulajadi seperti Flavonoid (Anthocyanin dan Tannin) yang dikaji khusus untuk kesihatan saluran darah.
Semoga dengan pengamalan makanan yang bernutrisi tinggi ini akan bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan untuk melalui jadual harian yang padat.🤗
Rujukan:
(1) Pomegranate for Your Cardiovascular Health (nih.gov)
(2) Olive Leaf Extract for the Brain, Diet, Herpes, and More (healthline.com)
(3) Dietary olive oil reduces low-density lipoprotein uptake by macrophages and decreases the susceptibility of the lipoprotein to undergo lipid peroxidation - PubMed (nih.gov)