• Login
  • Register
Related Topics
BingkisanJumaat
Tags:
bingkisanjumaat

Bingkisan Jumaat : Mulia & Tinggi Darjat

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (Sahih Muslim No: 258)

Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya. Manakala, orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah.

Dan beruntunglah insan yang mempunyai sikap tawaduk yakni bersikap rendah hati, kerana Allah menjanjikan ketinggian darjat bagi mereka.

Marilah kita berazam untuk menjadi insan yang pemurah, pemaaf dan rendah hati. InshaAllah 🤲

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary