Adakah Minyak Habbatussauda anda tulen?
Adakah Minyak Habbatussauda anda tulen?
Nigella sativa L. merupakan salah satu tanaman yang mengandungi pelbagai bahan bioaktif yang bermanfaat untuk kesihatan. Nigella sativa L. dan biji-bijiannya juga dikenali dengan nama lain seperti habatussauda, jintan hitam, jintan hitam, bunga pala, bunga adas, ketumbar Rom dan kalonji (Singh et al., 2017).
Bijian ini mengandungi 30-34% kandungan minyak yang biasanya diekstrak kerana kandungan bioaktifnya yang bermanfaat (Ibrahim & Habbasha. 2021). Untuk kita menentukan minyak habatussauda itu 100% diekstrak dari sumbernya adalah dengan mengetahui kandungan asid lemaknya. Biasanya asid lemak utama yang dikenal pasti dalam minyak pati yang diekstrak menggunakan cold press extraction adalah 58.8–61.2% linoleic acid dan 22.6 -24.5% oleic acid. Bagi pengestrakan jenis Supercritical Fluid Extraction dan Solvent Extraction adalah linoleic acid (22.4-61.8%) dan oleic acid (1.64-18.9%). Oleh itu dengan analisis yang dilakukan, kita boleh mengetahui keaslian minyak habatussauda yang kita gunakan.
Thymoquinone (2-Isopropyl-5-methyl-1, 4-benzoquinone) adalah komponen bioaktif minyak habatussauda yang sangat popular dan ianya mudah meruap. Ianya yang telah banyak digunakan secara tradisional di negara-negara Asia Timur Tengah dan Asia Tenggara kerana keupayaannya untuk meningkatkan kesihatan. Thymoquinone telah banyak dikaji mempunyai fungsi dan aktiviti biologi seperti antikanser, penggalak imunisasi, antioksidan, anti-radang, kardioprotektif, hepatoprotective, neuroprotective dan beberapa aktiviti lain-lain. Kandungan Thymoquinone di dalam minyak habatussauda berbeza mengikut cara minyak itu diekstrak. Bagi pengekstrakan jenis cold press kandungannya sehingga 9.63mg/ml dan jika diekstrak menggunakan supercritical CO2 ianya boleh mencecah hingga 21.02 mg/ml (Demirbolat et al., 2019)
Tetapi menggunakan Thymoquinone sahaja sebagai indikasi kualiti sesuatu produk habatussauda adalah satu pendekatan yang kurang benar kerana terdapat banyak lagi bahan aktif yang bermanfaat di dalamnya. Diantara komponen lain adalah seperti kaempferol, alpha-hederin, Thymol, Nigellidine, Nigellimine dan sebagainya yang memberi manfaat kesihatan dan bergabung tenaga untuk pelbagai fungsi kesihatan (Kulyar et al., 2021).
**boleh baca dan kaji dengan lebih detail references yang disertakan bagi kefahaman yang lebih mendalam