CW 20.04.2021 : Delima Disebut di dalam Al-Quran , Kehebatannya Diakui Dunia
✨ Bingkisan Pagi : Delima Disebut di dalam Al-Quran , Kehebatannya Diakui Dunia
Lambakan penyelidikan telah dilakukan berkenaan delima. Bukan sahaja ia menjadi bahan kajian pengkaji tempatan malahan juga pengkaji Barat. Kedua-dua blok ini memang tidak menafikan kebaikan buah delima.
Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia. Delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini.
Ahli farmasi berpengalaman, Rahman Baco menulis bahawa delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang.
Kajian terbaharu juga mendapati, amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.
Ayuh kita amalkan bersama. Di bulan Ramadhan ini kita boleh amalkan Jus Delima Olive House seusai solat terawih/moreh.
Moga bermanfaat !