Pengetahuan Am : Sembelit
Pendahuluan
Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.
Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.
Punca Sembelit
1) Perubahan berkaitan faktor usia
2) Kurang pergerakan, contohnya akibat terlantar di katil
3) Makanan kurang serat
4) Penyalahgunaan julap
5) Dehidrasi (Kurang pengambilan air)
6) Hypothyroidism
7) Diabetic nephropathy (Komplikasi saraf diabetes)
8) Penyakit Parkinson
9) Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
10) Ketumbuhan usus besar
11) Kesakitan bahagian dubur
12) Sukar untuk mendapatkan tandas
Gejala
1) Perlu meneran bila buang air besar
2) Najis bersaiz kecil dan keras
3) Sakit perut
4) Tiada selera makan
5) Loya
6) Komplikasi
7) Najis mengeras dan membatu
8) Usus tersumbat
9) Ulser usus besar
10) Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
11) Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
12) Pundi air kencing tersekat
13) Jangkitan salur kencing
14) Buasir
15) Luka dan sakit dubur
16) Usus terkeluar
17) Perdarahan di dubur
Rawatan
Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup):
1) Amalkan Pati Minyak Zaitun 2 sudu besar 2-3x sehari sebelum makan serta bancuhan 2 sudu besar Cuka Teen bersama Madu Gunung dan segelas air selepas makan.
2) Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti oat dan bijiran penuh, sayur-sayuran dan kekacang.
3) Ambil banyak buahan, tembikai dan karbohidrat kompleks (sayuran)
4) Sukat pengambilan air kosong yang mencukupi, sekurangnya 2-3Liter bagi pengguna dewasa
5) Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut
6) Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan
Beberapa saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
1) Laktulos adalah selamat dan berkesan digunakan
2) Julap osmosis yang mengandungi magnesium sesuai digunakan untuk jangka masa pendek.
3) Julap stimulasi seperti senna boleh diambil secara oral atau di masukkan melalui dubur sebagai suppository (biscodyl). Walau bagaimanapun, ia boleh mengakibatkan ketagihan (dependence).
4) Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis
5) Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.
6) Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.
Pencegahan
1) Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
2) Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
3) Ambil sarapan yang mencukupi kemudian pergi ke tandas.
4) Amalkan sekurangnya Minyak Zaitun dan bancuhan Cuka Teen setiap hari sebagai rutin harian. Minyak Zaitun membekalkan serat, teen pula membekalkan probiotik kepada diet.
5) Amalan minuman detox juga sangat membantu. Bancuh 2 sudu besar Cuka Teen, 2 sudu besar Pati Delima bersama 1 sudu besar Madu Gunung bersama 1 gelas air.
6) Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
7) Ambil banyak sayur-sayuran seperti salad dan ulam-ulaman.
8) Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
9) Elakkan menggunakan julap berpanjangan.
10) Mudahkan kemudahan penggunaan tandas.
11) Kurangkan pengambilan daging (ayam, lembu, kambing) dan banyakkan pengambilan ikan dalam diet harian.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/gangguan-penghadaman/
Disunting Oleh : Knowledge Management Department