Tahukah Anda Apa Itu PARKINSONS??
PARKINSONS
Ialah Kemerosotan yang berlaku kepada Sistem Saraf Utama iaitu Otak & Saraf Tunjang yang melibatkan pergerakan (motor functioning).
Berpunca daripada Keradangan yang berlaku di Otak dan ada juga pendapat disebabkan oleh pendedahan kepada Bahan Kimia.
Antara simptom yang berlaku dan paling RINGAN ialah terganggu pergerakan badan yang biasa dilakukan dan paling BERAT ialah Terganggu Percakapan yang Lancar, Berjalan, Tangan yang Terketar-ketar, Kekejangan Otot, Kesukaran Menelan Makanan dan Tidur.
Bahagian di Otak pesakit Parkinson ini, yang mengawal pergerakan menerima kekurangan Dopamine, iaitu Neurotransmitter yang bertanggungjawab mengawal pergerakan tubuh badan dengan baik, Proses Pembelajaran, Meningkatkan Motivasi kepada diri dan juga Pengawalaturan Emosi.
Pesakit juga akan mudah Alami Rasa Tertekan dan kurang Bermotivasi dengan kekurangan Dopamine ini.
Cuba Ubah :
- Lifestyle & Natural Foods
- Amalkan Pemakanan yang Seimbang dengan mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Air serta Serat. Boleh Ambil dalam bentuk Juicing dan daripada sumber Tumbuh-tumbuhan.
- Kurangkan Pemakanan yang menerukkan lagi Keradangan seperti Makana Berproses.
Kurangkan makanan sumber daging yang Tinggi Lemak Tepu dan sukar dicernakan Oleh Tubuh Badan.
Sayur-sayuran sangat perlu dimakan dalam Kuantiti banyak, juga baik Jika sebagai sumber Protein berbanding daging.
Ambil Telur dan Ikan pun Baik.
Serta perlu rajin makan buah-buahan. (buat Juicing).
Penting diambil sumber Serat bagi Pesakit Parkinson kerana Sembelit kerap terjadi kepada pesakit Parkinson.
- Tidur yang Berkualiti dengan mampu bangun pada Sepertiga Malam untuk Beribadah. Memanjangkan tempoh bersujud agar terhasilnya ketenangan Hati, Jiwa & Kelancaran darah mengalir di otak dan Fungsi Otak akan menjadi sihat.
Sangat Baik Cuba AMALKAN :
Minyak Zaitun
- Sebatian Polifenol iaitu Hydroxytyrosol bertindak sebagai Antioksida TerBAIK yang MAMPU tembusi SALUR DARAH yang HALUS di otak.
Bantu dan rawat masalah di situ.
- Oleocanthal sebagai Antioksida dan Anti Keradangan, bantu rawat & cegah keradangan di Otak.
- Omega 3 & 6 sebagai Anti Keradangan dan juga Lemak Yang Sihat sangat berperanan pada situasi ini.
Ia juga bertindak meningkatkan Penghasilan Dopamine untuk membantu rawat kepada pesakit Parkinson ini.
- Asid Propanoik berperanan di otak dengan dengan cegah kerosakan di otak yang berlaku pada pesakit strok.
- Sumber Lemak Sihat yang Amat Baik sebagai Diet Harian.
Jus Delima
- Antioksida & Anti Keradangan yang pelbagai akan bantu dalam situasi ini (Punicalagin, Asid Elagik, Flavonoids, Anthocyanin, Beta Carotene)
- Vitamin C & E juga sangat berperanan kepada bantu rawat pesakit Parkinson.
Pati Delima juga boleh diamalkan.
- Buat Bancuhan Air Detox bersama-sama Madu, Kayu Manis dan Cuka Buah Asli & Alami.
Kesembuhan daripadaNya sahaja, jangan kesampingkan Munajat padanya.
Bersangka baik dengan takdir Allah, terus usaha & berdoa mohon kesembuhan dariNya.
Semoga Bermanfaat!