Pilih Madu Tanpa Ragu!
"Banyak betul jenama madu dekat pasaran sekarang ni. Macam mana nak tau yang mana asli yang mana palsu?"- Mr. A
Adoii... kesian Mr. A kita ni. Akibat terlalu banyak sangat madu palsu di pasaran, yang mana ori dengan palsu pun kita dah susah nak bezakan.
Jangan risau! Kalau anda nak pastikan produk madu yang anda pilih itu asli tanpa ragu, pastikan madu tersebut mendapat Pensijilan Autentik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti Madu Dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada Olive House ini.
Untuk pengetahuan anda, pensijilan AUTENTIK ini hanya diberikan kepada produk tulen seperti Madu, Kopi, Sarang Burung Walit dan daging.
Jadi, buat pilihan yang bijak agar anda tak terjebak!