Aafiyat Cakna : Risiko Masalah Sembelit Yang Berpanjangan
Sembelit? Bila sebut je bab sembelit, ramai akan cakap :
"Ehh saya tak sembelit, ok je."
Ramai pilih untuk mendiamkan diri dan simpan masalah ini seorang diri. Sedangkan sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan toksin bertambah dalam darah, menjejaskan penyerapan nutrisi dalam tubuh, buasir bahkan juga penyebab kanser usus besar.
Tapi sebenarnya adakah kita tahu apa maksud "sembelit" ni? Kita kena ambil tahu ya sebab sistem pencernaan mempengaruhi 90% daripada sistem imuniti tubuh kita.
Usus sihat maka sihat lah kita dan begitulah sebaliknya.
"Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar."
Antara punca utamanya adalah kerana kurangnya pengambilan air yang mencukupi serta makanan yang tinggi serat seperti buahan serta sayuran. Oleh itu sangat penting untuk kita mula cek adakah kita mempunyai masalah sembelit?
Dapat sesuatu dari perkongsian ni ? Jom share untuk lebih ramai dapat manfaat.