PhenOLIV : Kekalkan Kecantikan Anda Sebagai Wanita
Gelisah, mudah marah, seakan-akan ‘Hilang Arah’..
malah hingga rasa hendak bunuh diri..
Ini antara gangguan emosi yang berlaku kepada wanita semasa fasa Menopause.
Berdasarkan kajian oleh Datuk Dr Hamid Arshad (Pakar Perbidanan & Sakit Puan) di Negeri Sembilan mendapati purata umur wanita di Malaysia mula menopause ialah sekitar 48 – 50 tahun dan gejala yang dialami oleh setiap wanita adalah berbeza-beza.
Ada juga wanita yang lebih awal mengalaminya dan ada juga yang lebih lewat.
Selain daripada gangguan emosi, wanita pada fasa menopause juga akan terjejas pada sudut kesihatan.
Ovari iaitu Organ Pembiakan Wanita yang telah melalui menopause akan menghasilkan estrogen yang sangat sedikit dan mempunyai paras estrogen yang sangat rendah.
Paras estrogen dan progesteron yang rendah akan meningkatkan risiko kepada masalah kesihatan tertentu selepas menopaus dan mungkin berlaku secara semula jadi apabila usia kita juga meningkat.
Paras Estrogen yang rendah memungkinkan situasi kolesterol mula mengumpul pada dinding arteri yang menuju ke jantung.
Hal ini adalah sebaliknya sebelum wanita berumur 55 tahun, di mana mereka memiliki risiko lebih rendah berbanding lelaki kepada penyakit berkaitan jantung disebabkan Estrogen bantu mengekalkan saluran darah pada fasa rehat dan terbuka serta bantu mengekalkan keseimbangan yang sihat antara kolesterol baik dan jahat.
Tetapi, menjelang umur 70 tahun, wanita berisiko kepada penyakit jantung yang hampir sama dengan lelaki pada umur yang sama.
Oleh itu, penting untuk semua wanita mengambil langkah tertentu untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik pada tahun-tahun sekitar menopause ini.
Antaranya ialah Jalani Gaya Hidup Sihat dengan Pemakanan Lebih Aafiyat.
Cuba amalkan PhenOLIV ini setiap hari dalam menu makanan anda dengan manfaat Lemak Sihat dan Tinggi Fenolik di dalamnya serta Tinggi Vitamin E.
Banyak kajian yang menyarankan agar menggantikan Lemak Trans dan Lemak Tepu (daripada sumber haiwan serta makanan berproses) kepada Lemak Sihat jenis Mono dan Poli Tidak Tepu (Mono & Polyunsaturated Fatty Acid).
Semoga dengan pengambilan PhenOLIV Dua (2) sudu besar dalam sehari ini bakal memberikan ‘wajah baru’ kepada tahap kesihatan anda, malah mengindahkan lagi kulit wajah anda.
Jom kekalkan ‘Kecantikan’ anda sebagai Wanita!
Dapatkan PhenOLIV daripada Aafiyat Store berdekatan!