Bagaimana Power Up Membantu Mengurus Penyakit Fybromialgia (Keradangan Kronik)
Bagaimana Power Up Membantu Mengurus Penyakit Fybromialgia (Keradangan Kronik)
Apa itu penyakit Fibromyalgia (FM)?
Fibromyalgia adalah keadaan sakit radang berpanjangan seakan arthritis yang menyebabkan kelemahan otot yang berlaku di seluruh badan. Ia juga menyebabkan isu lain, termasuk gangguan fizikal seperti kekakuan sendi, kekejangan otot, kulit terbakar, sakit kepala, sembelit,masalah pencernaan, serta beberapa gangguan psikologi dan kesukaran kognitif.
Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami keadaan ini berbanding lelaki, tetapi ia boleh berlaku kepada lelaki. Kebanyakan pesakit didiagnosis antara 35 dan 45 tahun, walaupun tanda-tanda fibromyalgia bermula lebih awal. Penyakit ini berpunca daripada keradangan dan oksidasi yang kronik akibat pencemaran, kekurangan nutrisi dan gaya hidup yang tidak seimbang dan sihat.
Bagaimana Power Up berupaya untuk membantu menguruskannya?
Sekumpulan penyelidik dari Spain menjalankan kajian bagaimana diet yang tinggi Hydroxytyrosol, HT dapat membantu menguruskan simptom penyakit ini.
Dua sel utama diambil daripada wanita pertengahan umur digunakan dalam ini kajian: Satu daripada pesakit FM berusia 45 tahun (Indeks Jisim Badan = 26.2) yang didiagnosis oleh Amerika Kriteria Kolej Rheumatologi (FM) dan seorang daripada sukarelawan sihat (Control) berusia 43 tahun (Jisim Badan Indeks = 25.7). Sel fibroblas dirawat selama 48 jam dengan Hydroxytyrosol berkepekatan 1.5 µM.
Keputusan kajian mereka mendedahkan bahawa fibroblast dari pesakit FM menunjukkan perbezaan ekspresi dalam protein yang terlibat dimana protein ini dinormalkan oleh rawatan dengan HT. Kesimpulannya, keputusan kajian ini menunjukkan diet yang diperkaya dengan HT boleh menjadi sangat bermanfaat dalam pengurusan penyakit FM.
Disebabkan Power Up Olive House yang mengandungi kandungan Hydroxytyrosol yang berkepekatan tinggi, ianya amat bermanfaat untuk diamalkan terutama oleh pesakit FM dengan cara oral (sesudu teh sehari) dan juga sapuan bagi membantu menguruskan simptom-simptom yang menganggu aktiviti seharian pesakit.
Rujukan: Ramírez-Tejero, J. A., Martínez-Lara, E., Peinado, M., Del Moral, M. L., & Siles, E. (2020). Hydroxytyrosol as a Promising Ally in the Treatment of Fibromyalgia. Nutrients, 12(8), 2386.