Aafiyat Sharing: Aidilfitri & Risiko Kesihatan
Syawal dah hampir nak ke penghujung. Lagi nak sampai penghujung lagi banyak jemputan rumah terbuka kan. Maklumlah, 2 tahun kita tak dapat beraya secara normal.
Raya tu raya la juga. Apa yang penting ialah jangan diabaikan kesihatan diri. Lebih-lebih bagi mereka yang memang dah ada penyakit. Wajib amalkan minyak zaitun dan habbatus sauda setiap hari.
Bagi pesakit kencing manis contohnya wajib pantau paras glukosa dalam darah bagi mereka yang ada diabetes. Perubahan jadual makan harian ketika bulan Ramadhan dan menjelangnya Syawal mungkin memberi kesan kepada tubuh.
Bagi tuan rumah pula, elakkan dari menghidangkan minuman berkarbonat dan minuman ringan yang tinggi kandungan gula dan bahan pewarna. Sayangi diri, ahli keluarga dan tetamu yang hadir dengan menghidangkan makanan & minuman yang lebih sihat.
Akhirnya sebagai tetamu, kita sendiri wajib ada kawalan kendiri untuk memilih makanan & minuman yang baik untuk tubuh kita. Tidak ada salahnya untuk buat permintaan agar dihidangkan dengan air putih sahaja.
Kena ingat sihat itu jihad. Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat. InsyaAllah.