"Dos Optimum Olive House Tocotrienols 70 mg sotfgel untuk Kesihatan Maksimum"
"Dos Optimum Olive House Tocotrienols 70 mg sotfgel untuk Kesihatan Maksimum"
Dos tokotrienol yang sesuai boleh berbeza-beza berdasarkan matlamat kesihatan tertentu dan keadaan individu, tetapi garis panduan am boleh diberikan. Tokotrienol ialah sejenis vitamin E, dan dos yang disyorkan adalah antara 50 mg hingga 300 mg sehari untuk orang dewasa. Berikut adalah beberapa spesifikasi pengambilan mengikut masalah individu:
1) Penyelenggaraan Kesihatan Am:
**50-100 mg sehari** = 1-2 kapsul sehari OH Tokotrienol sotfgel iaitu 140 mg sehari.
Biasanya disyorkan untuk sokongan antioksidan umum dan penyelenggaraan kesihatan.
Kajian ada juga menunjukkan pengambilan seminimum 15 mg sehari Tokotrienol selama 2
tahun dapat menambahbaik ingatan pada orang dewasa yang lebih tua bagi mendapatkan
kesihatan kognitif (Power et al., 2022) .
2) Kesihatan Kardiovaskular atau Jantung:
**100-200 mg sehari** = 1-2 kapsul sehari OH Tokotrienol sotfgel iaitu 140 mg sehari. Boleh memberi manfaat untuk menggalakkan kesihatan jantung dan meningkatkan profil lipid. Kajian lepas juga ada melaporkan bahawa pengambilan Tokotrienol sebanyak 160 mg and 320 mg selama 2 bulan menunjukkan pengurangan ketara pada tekanan darah sistolik aorta (ASBP) (E. et al., 2013).
3) Pencegahan/Sokongan Kanser:
**200-300 mg sehari** = 2-3 kapsul sehari OH Tokotrienol sotfgel iaitu 140 mg sehari telah digunakan dalam beberapa kajian yang menyiasat potensi kesan anti-kanser tokotrienol.Antara kajian lain ialah pengambilan Tokotrienol sebanyak 200 mg untuk 2 kali sehari selama 20 minggu mampu menghalang pertumbuhan dan metastasis kanser kolon melalui perencatan pluripotensi sel stem kanser, EMT, penghijrahan, pencerobohan, angiogenesis dan induksi apoptosis (Francois et al., 2019).
4) Kesihatan Neurologi:
**200-300 mg sehari**= 2-3 kapsul sehari OH Tokotrienol sotfgel iaitu 140 mg sehari
mungkin disyorkan untuk menyokong kesihatan otak dan melindungi daripada penyakit
neurodegeneratif. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan suplemen tocotrienol
sebanyak 200 mg sehari selama 12 minggu dapat meningkatkan kepekatan tisu tokotrienol
dalam darah, kulit, adiposa, otak, otot jantung, dan hati dari semasa ke semasa. Tokotrienol
telah dihantar ke otak manusia pada kepekatan yang dilaporkan sebagai neuroprotektif
dalam model eksperimen strok (Patel et al., 2012).