Betul Ke Makan Lemak Boleh Jadi Gemuk?
BETUL KE MAKAN LEMAK BOLEH JADI GEMUK?
Sebenarnya yang menjadikan kita gemuk adalah karbohidrat.
Unsur karbon dan hidrogen (gabungan C dan HO-carbohydrates) dari tumbuhan dan bijirin yang dimakan, akan dijadikan sebagai glukosa (gabungan rantaian CHO dan OH-Hydroxides) yang boleh dijadikan sebagai tenaga secara mudah dan cepat yang boleh digunakan oleh sel sel badan.
Kalau berlebihan dan tidak digunakan, ia akan ditukar jadi sebatian glycogen yang lebih kompleks dan disimpan di otot, supaya otot kita dapat gunakan ketika melakukan aktiviti.
Kalau kuota di otot sudah penuh glycogen tak boleh lagi simpan di otot, maka glucose lebihan akan dihantar ke hati utk disintesis jadi Liver Glycogen pula.
Kalau berlebihan Liver Glycogen, maka Insulin akan menukarkan glukosa lebihan tadi menjadi satu lagi sebatian yang lebih kompleks, iaitu rantaian tulang belakang Glycerol yang mengikat tiga rantaian asid lemak, Triglycerides.
Triglyceride yang berlebihan dalam hati akan menyebab hati berlemak (fatty liver).
Jika tiada lagi ruang dalam hati, Triglycerides ini akan diangkut oleh Very Low Density Lipoprotein (VLDL) untuk disimpan di kantung sel lemak hati, di bawah kulit dan di organ-organ badan sebagai simpanan tenaga untuk survival. Inilah kejadian LEMAK, samada lemak bawah kulit (subcutaneous fat) atau lemak sekitar organ (visceral fat).
Kalau kita tak makan karbohidrat atau kita berpuasa, maka lemak badan kita akan dipecahkan semula oleh hati dengan bantuan hormon Glucagon untuk dijadikan tenaga.
VLDL dihasilkan dengan lebih banyak di hati kita untuk menghantar Triglyceride yang dipecahkan dari lemak tadi ke dalam sel-sel tubuh untuk dijadikan tenaga.
Ia seperti bot bot special delivery yang bawa muatan penuh makanan untuk sel.
Sebab itu orang berpuasa atau buat diet IF, jadi hairan, kenapa berat banyak turun tapi kolestrol masih tinggi.
Untuk menurunkan kolesterol ini kita harus melakukan aktiviti fizikal, berjemur di bawah sinaran matahari, kawal stress dan tidur yang cukup.
Tetapi kenapa ada orang yang makan lemak, tetapi lemak tersimpan bawah kulit dan sekitar organ?
Ini berlaku pada mereka yang mengalami kerintangan insulin (insulin resistance) di mana tahap insulin dalam tubuh sangat tinggi.
Ia berlaku apabila kita ambil makanan yang tinggi lemak tepu (saturated fat) bersama karbohidrat ringkas. Pengambilan lemak tidak tepu (seperti minyak zaitun) tidak menyebabkan fenomena ini.
Apabila tahap insulin dalam tubuh tinggi, tubuh kita dalam mode penyimpanan lemak. Semua makanan yang diambil secara berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Oleh itu kita cuba merendahkan tahap insulin dengan mengambil makanan yang kurang berkarbohidrat kecuali jika kita melakukan aktiviti fizikal yang berat seperti membuat sawah atau memotong sawit.
Bila tahap insulin sudah rendah, tubuh kita dalam mode membakar lemak pula.
Kalau kita makan lemak tak tepu dan tanpa makan karbohidrat, maka tahap Insulin akan jadi rendah, dan proses penyimpanan lemak terhenti, malah lebih banyak lemak dibakar.
Kesimpulannya, makan lemak (tidak tepu) tidak akan disimpan sebagai lemak. Lemak badan dihasilkan dari pengambilan karbohidrat yang berlebihan seperti gula pasir, nasi, roti, mee dan seangkatannya.
Semoga bermanfaat.