Carousel Olivie (Adakah semua minyak zaitun extra virgin boleh memberi manfaat yang sama?)
Adakah semua minyak zaitun extra virgin boleh memberi manfaat yang sama?
Minyak zaitun perahan pertama (extra virgin) adalah bahan utama yang dipilih dalam diet penduduk Kawasan Mediterranian. Kualiti minyak zaitun boleh diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti bahan aktif yang terkandung didalamnya1. Kualiti minyak zaitun akan berubah jika minyak zaitun menjalani sesuatu proses tambahan, teroksidasi atau dicampur dengan bendasing.
Minyak zaitun yang bermanfaat kepada kesihatan haruslah mematuhi syarat yang dikeluarkan oleh COMMISSION REGULATION (EU) No 432/2012 yang menyatakan bahawa manfaat kesihatan minyak zaitun hanya layak dituntut (claim) jika ia mengandung lebih dari 5mg hydroxytyrosol dan komponen terbitannya dalam 20g minyak2.
Ini adalah kerana polifenol jenis hydroxytyrosol dan terbitannya telah diyakini dapat memberi kesan optimum kepada beberapa jenis penyakit (terutama penyakit yang diakitkan dengan keradangan, pengoksidaan, jangkitan kuman, kolestrol jahat yang tinggi, kecacatan fungsi sel termasuk dengan fungsi otak dan sebagainya)3.
Terdapatnya komponen seperti oleocanthal dan oleoreupin yang memberi rasa sedikit pahit dan menyengat di bahagian lidah. Rasa ini juga menjadi salah satu indikasi mudah dalam memilih jenis-jenis minyak zaitun yang berkhasiat.
Kajian menunjukkan dengan pengambilan EVOO yang kaya dengan dua komponen ini berupaya membantu mengurangkan berlakunya oksidasi terhadap kolestrol jahat LDL yang menjadi punca utama pembentukan plak di dinding arteri darah (faktor utama tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok)4
Sumber Rujukan: