Minyak Zaitun Asli, Madu dan Lemon; Petua Mesir Kuno?
Anda mungkin sudah boleh menjangka bahawa gabungan minyak zaitun asli (extra virgin olive oil), madu dan lemon boleh membawa kebaikan kepada kita. Selain sering digunakan dalam kehidupan seharian kita, bahan-bahan ini sangat berguna untuk penjagaan kesihatan kita dengan cara semulajadi dan mudah.
Antara khasiat minyak zaitun asli adalah mengandungi kuantiti lemak tak tepu dan asid oleik yang dapat mengurangkan risiko penyakit koronari. Ia juga mengandungi antioksidan dan nutrien anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat, untuk melawan radikal bebas dan mencegah penuaan.
Madu pula merupakan makanan semulajadi yang juga memberi manfaat kepada kesihatan kita. Kandungan gula semulajadi menjadikannya sumber tenaga yang sihat. Ia juga mempunyai ciri antibakteria, antibiotik, antiseptik, anti-radang dan rasa yang menyenangkan.
Jus lemon mengandungi vitamin C, asid sitrik, kalsium, magnesium, bioflavonoid, pektin dan limonena, yang menguatkan sistem imun dan melawan jangkitan. Ia mempunyai kesan alkali, yang menjadikannya sangat baik untuk detoksifikasi dan penyucian badan. Ia membantu menurunkan darah dan sangat berkesan terhadap virus dan kuman tertentu.
Kombinasi minyak zaitun asli, madu dan lemon ini telah digunakan oleh masyarakat Mesir untuk memberikan kesihatan kepada usus. Ia juga dikatakan medium untuk mencuci usus, mengubati masalah usus dan mencegah daripada kanser usus. Petua ini dikenali sebagai petua Mesir kuno yang telah lama diamalkan.
Selain itu, kombinasi ini membantu kita untuk menguatkan sistem imun, mengawal sistem penghadaman, membersihkan saluran darah, memperbaiki fungsi hati, memperbaiki kulit dan mengurangkan kedutan.
Adalah disyorkan untuk mengambil satu sudu makan pada perut kosong pada waktu pagi setiap hari selama sebulan. Boleh diulang selepas enam bulan.
Bahan-bahan :
- Buah lemon
- Madu
- 4 sudu minyak zaitun asli (extra virgin)
Cara Penyediaan :
- Perah 1/4 lemon, masukkan air suam
- Masukkan 1 sudu teh madu asli
- Masukkan 2 sudu minyak zaitun asli
- Kacau ikut arah lawan jam
- Minum setiap pagi
Anda pasti terkejut jika pembuangan air besar lain dari kebiasaan. Campuran ini adalah gabungan yang hampir lengkap dengan nutrisi yang badan perlukan disamping kesegaran bahan-bahan yang disediakan setiap kali pengambilannya.
Sumber : https://www.olivehouse2u.com/minyak-zaitun-asli-madu-dan-lemon-petua-mesir-kuno/