Info Aafiyat : Sakit Lutut Boleh Letak Minyak Habbatus Sauda?
Ok, sakit lutut ni masalah biasa yang ramai sangat orang disekeliling kita alami kan.
Bila sakit lutut, banyak perkara tergendala, sehinggakan stress bahkan boleh menjejaskan kesihatan tubuh dan juga jantung.
Antara info aafiyat yang menarik kali ini adalah satu kajian klinikal penggunaan Minyak Habbatus Sauda melibatkan 52 orang pesakit osteoarthiritis berusia 60-80 tahun.
Sapuan Minyak Habbatus Sauda sebanyak 2 kali sehari pagi dan malam selama 21 hari berturut-turut menunjukkan pengurangan kesakitan pada sendi lutut berbanding dengan gel diclofenac
**Penilaian dibuat berdasarkan Knee Osteoarthiritus Outcome Score (KOOS); Kaedah menilai masalah berkaitan lutut termasuk kesan jangka pendek dan panjang akibat kecederaan lutut.
(Azizi et al. 2019)
Ingat ya, 2x sapuan setiap hari, 21 hari berturut-turut, selamat mencuba! 😇
Rujukan:
Azizi, F., Ghorat, F., Hassan Rakhshani,M., and Rad, M. (2019). Comparison of the effect of topical use of Nigella sativa oil and diclofenac gel on osteoarthritis pain in older people: a randomized, double-blind, clinical trial. J. Herbal Med. 16, 100259. doi:10.1016/j.hermed.2019.100259