Bagaimana cuka buahan asli membantu percepatkan proses pengurangan lemak?
Bagaimana cuka buahan asli membantu percepatkan proses pengurangan lemak?
Cuka buahan asli juga mengandungi acetic acid dan ellagic acid yang membantu untuk menurunkan kadar lemak dalam badan.
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji2 di korea dimana bancuhan cuka buahan yang berasaskan acetic acid dan ellagic acid menunjukkan penurunan kadar lemak visceral terhadap 70 wanita obesiti (BMI lebih daripada 25) yang mengambil 200 ml bancuhan cuka buahan selepas sarapan dan makan malam selama 8 minggu.
Asid asetik, komponen utama dalam cuka buahan, dipercayai mampu meningkatkan metabolisme. Peningkatan ini menyebabkan pertambahan nisbah AMP/ATP (peningkatan kepada penghasilan tenaga).
Dalam kajian haiwan terdahulu, pengambilan minuman berasaskan asid asetik menunjukkan rangsangan bersama AMPK berlaku dalam tisu adiposa dan hati tikus gemuk yang diberi makanan tinggi lemak.
Minuman ini juga menyebabkan kecenderungan penurunan ekspresi mRNA leptin (protein hormon yang mempengaruhi selera makan dan metabolisma badan) dalam tisu adiposa, sementara ekspresi mRNA leptin cenderung meningkat dalam kumpulan placebo yang menyebabkan kegemukan.
SEMOGA BERMANFAAT!