Adakah semua minyak zaitun extra virgin sama manfaat?
Adakah semua minyak zaitun extra virgin sama manfaat?
by Dr. Norfahana Abd Talib
Tahukah anda perbezaan minyak zaitun extra virgin dan minyak zaitun lain?
Minyak zaitun(olive oil) ni banyak jenis dan kategorinya. Ada jenis yang boleh kita masak / menumis / menggoreng dan ada yang tak digalakkan, diantaranya ialah:
- Minyak zaitun extra virgin
Ianya dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama. Kadar keasidannya adalah 0.5%-0.8%, tinggi oksida dan banyak nutrien/khasiat vitamin dan mineral. Fizikalnya sangat dekat dengan warna ektrak zaitun dimana berwarna kehijaun,rasa agak pahit dan bau agak kuat. Sesuai dimakan secara terus atau sebagai dressing dan dipping elemen dalam makanan. EVOO tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana ‘smoke point’160 darjah celcius. Ini akan menyebabkan khasiatnya akan terjejas jika ada pemanasan melebihi ‘smoke point’.
- Minyak zaitun virgin
Minyak zaitun yang dihasilkan daripada proses perahan kedua yang mempunyai kadar keasidan 1- 4%. Fizikalnya agak kuning kehijauan dan rasanya agak tawar berbanding EVOO. VOO juga tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana smoke point nya adalah 199 darjah celcius. Sesuai digunakan pada pasta, sos dan dressing makanan juga mempunyai khasiat yg kurang dari EVOO.
- Minyak zaitun refined
Minyak zaitun refined adalah minyak zaitun yang telah melalui proses penyulingan dan beberapa proses yang lain baagi meneutralkan rasanya yang kuat dan menurunkan kadar asid yang tinggi.Kemudian ditambah sedikit virgin olive oil untuk kembalikan rasa olive oil yang hilang akibat penambahan bahan kimia tadi. Kadar keasidan melebihi 4%, warna kekuningan/kuning pucat
- Minyak zaitun pomace
Minyak zaitun pomace adalah gred minyak zaitun paling rendah dimana ianya dihasilkan dari sisa proses pengekstrakan minyak zaitun dan telah melalui beberapa proses penapisan. Ia juga telah dicampur dengan pelbagai variasi virgin olive oil untuk memberi rasa minyak zaitun. Minyak zaitun pomace mempunyai ‘smoke point’ yang tinggi iaitu 238 darjah celcius dan ianya sesuai untuk menumis seperti minyak jagung/canola/minyak sayuran/dan seeds oil lain yang diproses.
Adakah semua minyak zaitun extra virgin boleh memberi manfaat yang sama?
Minyak zaitun perahan pertama (extra virgin) adalah bahan utama yang dipilih dalam diet penduduk Kawasan Mediterranian. Memilih kualiti minyak zaitun yang tinggi amat mempengaruhi tahap kesihatan penduduk disana dan selalunya dijadikan rujukan. Kualiti minyak zaitun boleh diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti bahan aktif yang terkandung didalamnya1. Kualiti minyak zaitun akan berubah jika minyak zaitun menjalani sesuatu proses tambahan atau dicampur dengan bendasing.
Minyak zaitun yang bermanfaat kepada kesihatan haruslah mematuhi syarat yang dikeluarkan oleh COMMISSION REGULATION (EU) No 432/2012 yang menyatakan bahawa manfaat kesihatan minyak zaitun hanya layak dituntut (claim) jika ia mengandung lebih dari 5mg hydroxytyrosol dan komponen terbitannya dalam 20g minyak2. Iaitu bersamaan dengan saiz hidangan harian yang disyorkan. Ini adalah kerana polifenol jenis hydroxytyrosol dan terbitannya telah diyakini dapat memberi kesan optimum kepada beberapa jenis penyakit (terutama penyakit yang diakitkan dengan keradangan, pengoksidaan, jangkitan kuman, kolestrol jahat yang tinggi, kecacatan fungsi sel termasuk dengan fungsi otak dan sebagainya)3.
Terdapatnya komponen seperti oleocanthal dan oleoreupin yang memberi rasa sedikit pahit dan menyengat di bahagian lidah. Rasa ini juga menjadi salah satu indikasi mudah dalam memilih jenis-jenis minyak zaitun yang berkhasiat.