Siapa Mahu Makan Makanan Bergoreng Tanpa Rasa Bersalah?
Ada tak cara untuk nikmati Makanan Bergoreng tanpa rasa bersalah?
Hahaha…
Pelik bunyinya, tapi nak Tanya jugak!
Mungkin ramai dah pernah baca tentang bahaya makanan bergoreng ni.
Sebabnya pernah terbaca tentang ‘Acrylamide’ kan..
Dengan kaedah memasak pada suhu tinggi, seperti menggoreng, memanggang atau membakar makanan karbohidrat (berkanji) dan protein boleh menyebabkan pembentukan sebatian karsinogenik seperti Acrylamide.
Lebih membimbangkan lagi apabila jadi penyumbang kepada pelbagai risiko penyakit kronik lain termasuklah berkaitan Jantung.
Tapi, nanti dulu!
Jangan cepat ‘panic’
Jom baca Detail kat bawah..
Fakta sebenar :
1. Kepekatan ‘Acrylamide’
Terdapat kajian yang dilakukan terhadap beberapa jenis ‘plant-based oil’ dengan kaedah menggoreng makanan jenis Kerepek Keledek.
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak sawit jauh lebih selamat untuk digunakan.
Bukan hanya bebas daripada lemak trans, tetapi juga kepada soal pembentukan Kepekatan Acrylamide yang lebih rendah di dalam Minyak Kelapa Sawit disebabkan tingginya kandungan Lemak Tepu dan ‘Smoke Point’;
Berbeza jika dibandingkan dengan minyak sayuran lain seperti Minyak Kacang Soya dan Kanola.
2. Nilai Iodine (Iodine Value-IV)
Nilai Iodin (IV) menunjukkan kuantiti Lemak Tak Tepu dalam minyak sayuran.
Terdapat kajian yang menunjukkan minyak sayuran dengan kadar Asid Lemak Tak Tepu Berganda (Polyunsaturated Fatty Acids – PUFA) yang lebih tinggi lebih cenderung kepada aktiviti pengoksidaan berbanding jenis minyak sayuran yang lebih tinggi Asid Lemak Tepu.
Ringkasnya, semakin tinggi tahap Asid Lemak Tak Tepu dalam sesuatu minyak, semakin tinggi kadar pengoksidaan, yang seterusnya akan meningkatkan kemungkinan pembentukan Acrylamide.
Kajian lain pula menemukan bahawa semakin tinggi Asid Lemak Tepu dalam sesuatu minyak sayuran, semakin rendah pula Nilai Iodin di dalamnya yang ditemukan setelah sesi menggoreng. Nilai Iodin yang terdapat dalam minyak sawit setelah sesi menggoreng adalah petanda bahawa minyak sawit mempunyai nisbah asid lemak tepu dan tak tepu yang agak seimbang.
Jadi, korang tak perlu risau dah,
Minyak Kelapa Sawit kan ada malah lebih menyihatkan apabila memilih ‘Red Palm Oil Elaiese’ ni.
Elaiese ni adalah 100% minyak buah kelapa sawit yang terhasil secara semulajadi daripada kelapa sawit terbaik di ladang dan kilang penapisan yang dipelihara kualiti serta pemprosesannya yang minimum.
Dengan kualiti ‘Non-GMO’ (produk semulajadi dimana bahan yang digunakan tidak diubah secara genetik) dan tanpa bahan pengawet atau aditif makanan menjadikan Elaiese ini cukup Istimewa serta tinggi Nutrien seperti Pro-Vitamin, Vitamin E Tokotrienol dan Lemak Sihat jenis Fitosterol.
Ruginya la hai kalau tak cuba rasa!
Jomlah nikmati Elaiese ini secara terus atau dalam masakan anda!