Malaysia dijangka kekal panas sehingga Ogos
Malaysia dijangka kekal panas sehingga Ogos
Tips untuk anda dan keluarga untuk kekal sihat di MUSIM PANAS
1. Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
2. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar
3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
4. Guna kipas/ pendingin hawa untuk menyejukkan badan
5. Pakai losyen seperti sunscreen (SPF 30 ke atas lebih baik)
6. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
7. Kurang minum minuman berkafein dan bergula
8. Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
9.Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), dilaporkan bahawa Malaysia sedang melalui suhu terik sejak akhir-akhir ini.
Oleh itu, adalah penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk musim cuaca panas yang mungkin berterusan hingga Ogos.
Jaga diri, kekal hidrat dan lindungi keluarga anda dengan ikuti langkah-langkah ini untuk terus jalani hari dengan sihat :)
Semoga bermanfaat!