3 Tips Untuk Lebih Lama Kenyang
3 TIPS UNTUK LEBIH LAMA KENYANG
Untuk menurunkan berat badan, senaman hanya menyumbang 20 peratus sahaja, manakala 80 peratus lagi bergantung pada pemakanan.
1. Ketika makan, cuba mengunyah perlahan-lahan sebanyak 30 kali atau 12 minit sehingga lumat. Ini membolehkan otak menerima isyarat kenyang.
2. Pilih makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh dan bijirin serta buah epal, avokado atau strawberi, bagi membantu membuatkan perut kenyang dalam tempoh lama.
3. Elakkan makanan yang menggunakan lemak trans. Gantikan dengan minyak sihat seperti minyak zaitun. Perut akan rasa lebih lama kenyang.
Semoga bermanfaat.