Apakah kesan synergy apabila mengabungkan pengamalan minyak zaitun dan minyak habbatussauda kepada penyakit berkaitan fungsi hati?
Apakah kesan synergy apabila mengabungkan pengamalan minyak zaitun dan minyak habbatussauda kepada penyakit berkaitan fungsi hati?
By Dr. Norfahana Abd Talib
Fungsi Organ Hati?
Hati adalah organ pelbagai guna yang mengawal persekitaran kimia dalam badan manusia. Ia mengendalikan metabolisme dan perkumuhan badan dengan memberikan perlindungan terhadap badan melalui proses penyahtoksidan dan penyingkiran bendasing. Hati menyingkirkan molekul kimia entetik melalui pengoksidaan, pengurangan dan/atau konjugasi.
Apa itu penyakit berkaitan fungsi hati?
Jangkitan pada fungsi hati dipengaruhi oleh radikal bebas dan menyebabkan penyakit hepatitis, sirosis, kanser hati dan penyakit-penyakit lain. Penyakit hati adalah punca utama kesihatan yang serius yang membawa kepada morbiditi dan kematian di seluruh dunia.
Apakah kebaikan minyak zaitun dan minyak habbatussauda yang dah dibuktikan secara saintifik?
Untuk masa yang lama, tumbuhan digunakan dalam rawatan banyak penyakit terutamanya di negara rantau Timur. Peningkatan penggunaan minyak zaitun kebanyakannya disebabkan oleh kesan antioksidan dan antiradangnya, yang boleh membantu dalam mencegah penyakit pada manusia1. Kajian yang pelbagai telah mendedahkannya penggunaan minyak zaitun mungkin mempunyai peranan yang berpotensi dalam mengurangkan risiko neoplasma malignan, terutamanya kanser payudara dan perut; dan juga dalam ovari, kolon dan kanser endometrium2,3.
Minyak Habbatussauda secara tradisionalnya digunakan untuk meningkatkan imuniti dan memerangi penyakit radang dan pernafasan4. Thymoquinone, terdapat dalamnya mempunyai kesan perencatan pertumbuhan terhadap pelbagai sel kanser melalui perencatan DNA sintesis dan induksi penangkapan kitaran sel5.Ia juga membawa fungsi anti-radang, antidiabetik, dan antihistamin kesan, dan keupayaan untuk mengurangkan diabetes, penyakit pernafasan, arthritis rheumatoid, sklerosis berbilang, dan penyakit Parkinson6.
Bagaimanakah synergy kedua- dua minyak ini membantu mengelak dan mengubati penyakit berkaitan jangkitan hati?
Di sebabkan penyakit hati adalah punca utama masalah kesihatan yang serius yang membawa kepada morbiditi dan kematian di seluruh dunia, kajian telah dilakukan untuk membandingkan kemungkinan aktiviti hepatoprotektif minyak zaitun dan minyak habbatussauda pada hati yang disebabkan oleh kerosakan CCl4 pada tikus jantan7.
Penurunan berat badan adalah ciri tersendiri hepatotoksisiti yang disebabkan oleh jangkitan organ hati akibat kerosakan CCI4. Melalui dapatan kajian ini, peningkatkan jumlah berat badan dikesan selepas pemberian Minyak zaitun dan Minyak habbatussauda kepada tikus yang dijangkiti. Hepatoprotektif aktiviti ini boleh dikaitkan dengan sebatian aktif biologi yang wujud dalam kedua-dua minyak ini yang berupaya untuk menghilangkan radikal bebas. Kajian ini juga mengesyorkan bahawa cadangan pengambilan minyak zaitun dan minyak habbatussauda hendaklah melebihi cadangan yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan impak yang optimum (kuantiti yang dicadangkan ialah 1.5 ml/Kg berat badan).
Sumber rujukan
- Fang H, Lai J, Lin W. Inhibitory effect of olive oil on fibrosis induced by carbon tetrachloride in rat liver. Clin Nutr. 2008;27(6):900–7.
- Stoneham M, Goldacre M, Seagroatt V, Gill L. Olive oil, diet and colorectal cancer: an ecological study and a hypothesis. J Epidemiol Community Health. 2000;54(10):756–60.
- Zamora A, Báñez S, Báñez S, Alaminos G. Olive oil: influence and benefits on some pathologies. In Anales de medicina interna. 2004;21(3):138–42
- Alam P, Yusufoglu H, Alam A. HPTLC densitometric method for analysis of thymoquinone in Nigella sativa extracts and marketed formulations. Asian Pac J Trop Dis. 2013;3(6):467–71.
- Yang G, Liao J, Kim K, et al. Inhibition of growth and induction of apoptosis in human cancer cell lines by tea polyphenols. Carcinogenesis. 1998;19(4):611–6.
- Salem M. Immunomodulatory and therapeutic properties of the Nigella Sativa L. seed. Int Immunopharmacol. 2005;5(13):1749–70.
- Al-Seeni, M. N., El Rabey, H. A., Zamzami, M. A., & Alnefayee, A. M. (2016). The hepatoprotective activity of olive oil and Nigella sativa oil against CCl4 induced hepatotoxicity in male rats. BMC Complementary and Alternative Medicine, 16(1), 1-14.