Adakah Roti Canai Boleh Dimakan Ketika Diet?
ADAKAH ROTI CANAI BOLEH DIMAKAN KETIKA DIET?
1. Roti Canai tidak sesuai dimakan ketika berdiet kerana ia mengandungi jumlah kalori dan kandungan sodium yang tinggi.
2. Roti Canai dibuat dengan menguli tepung, minyak sapi, dan air. Bebola doh akan diratakan sehingga ia menjadi nipis dan kemudian digoreng atas kuali leper yang besar dan ditambah sedikit mentega atau minyak.
3. Malah ada roti canai yang disesuaikan mengikut selera kita , seperti membuatnya dengan telur, bawang, daging, atau versi manis untuk sarapan pagi dengan ditambah susu pekat.
4. Sekeping roti canai mempunyai 300 kalori dengan nisbah makronutrien 45 gram karbohidrat, 6 gram protein, dan 10 gram lemak.
Ia juga tinggi sodium, iaitu 570mg. Ia kekurangan protein yang penting untuk membina otot.
5. Jadi jika anda gemar makan roti canai anda perlu pastikan tahap aktiviti anda lebih tinggi daripada biasa terutama jika anda ingin menurunkan berat badan.
6. Untuk membakar 300kcal (sekeping roti canai kosong), anda perlu
i. Berlari pada kadar 9.5 km sejam selama 27 minit.
ii. Pergi untuk menunggang basikal secara santai selama 44 minit.
iii. Lakukan aktiviti berkebun yang ringan selama 60 minit.
iv. Basuh kereta selama 90 minit.
v. Berenang beberapa pusingan gaya bebas selama 27 minit.
vi. Bermain tenis selama 30 minit.
7. Jadi pengambilan roti canai sepanjang diet adalah tidak sesuai.
Semoga bermanfaat.