Aafiyat Cakna: Bagaimana Kita Sabotaj Kesihatan Kita?
"Berapa lama anda mengadap skrin (laptop, pc, telefon pintar) sehari"? Pernah tak anda terfikir soalan ini selama ini? Adakah kesan buruk sekiranya anda terlalu lama mengadap skrin seharian?
Menurut tinjauan yang dijalankan pada Februari 2021 ke atas 2028 responden oleh Statista Research Department yang diterbitkan pada Oktober 2021, hampir separuh daripada responden menyatakan bahawa secara purata mereka menghabiskan lima hingga enam jam pada telefon mereka setiap hari, tidak termasuk penggunaan telefon pintar berkaitan kerja.
Dalam satu kajian lain, para penyelidik menganalisis tingkah laku 390,089 orang dari UK Biobank. Hasil penyelidikan tersebut para saintis mendapati tahap masa skrin yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko "kematian semua sebab" yang lebih tinggi serta risiko penyakit jantung dan kanser yang lebih tinggi.
Mungkin ramai dari kita tidak kenal Kevin Holesh. Beliau ni merupakan “apps developer”. Sebagai seorang yang bekerja membangunkan aplikasi, sudah tentu banyak masa beliau dihabiskan mengadap skrin. Sehingga pada suatu hari beliau sedar sudah terlalu banyak masa yang sepatutnya bersama keluarga yang beliau telah abaikan untuk mengadap skrin menyiapkan kerja.
Situasi ini memberikan beliau idea untuk bangunkan aplikasi menyemak tahap penggunaan smartphone seseorang. Aplikasi ini dapat semak berapa kali kita guna, berapa lama dan jenis aktiviti yang kita lakukan. Aplikasi itu dinamakan MOMENT.
Kajian Kevin Holesh mendapati:
❗Secara purata 88% pengguna ketagih gunakan smartphone sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
❗Sebulan anda habiskan 100 jam dari hidup anda mengadap skrin.
❗Sepanjang hidup anda hilang dan tenggelam dalam dunia skrin sebanyak 11 tahun.
Bila terlalu banyak banyak mengadap skrin, anda akan kurang bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Tambah buruk sambil mengadap skrin, sambil makan. Obesiti mula mengetuk pintu. Sedar tak sedar berat semakin bertambah.
Kerja tu kerja la juga tetapi kesihatan tetap perlu diutamakan. Seimbangkan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat untuk mencegah dari serangan penyakit.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat🤗
Rujukan:
(1) High levels of screen time linked to cancer and heart disease - BBC News
(2)Time spent on average on a smartphone in the U.S. 2021 | Statista