• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
aafiyatmewell

Doa Hari Arafah

DOA HARI ARAFAH

9 Zulhijjah 1444H, 28 Jun 2023

Dari Amr' bin Syuaib dan ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda:

Sebaik-baik doa yang dibaca pada hari arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

Satu daripada amalan yang diajar oleh Rasulullah semasa Hari Arafah, adalah doa atau lafaz zikir ini. Adapun kita selalu melazimi zikir ini, setiap kali selesai solat.

Kata Rasulullah, barangsiapa membaca zikir ini sebanyak 100 kali sehari, maka baginya pahala seperti;

- membebaskan 10 hamba sahaya

- ditetapkan baginya 100 kebaikan

- dijauhkan daripadanya 100 keburukan

- mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu

dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya berbanding mereka yang membaca zikir ini, kecuali jika orang lain membaca lebih banyak daripadanya. 

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary