Kita Perlukan Protein Dalam Makanan Untuk Sihat
KITA PERLUKAN PROTEIN DALAM MAKANAN UNTUK SIHAT
Terdapat tiga makronutrien dalam hidangan kita; karbohidrat, protein dan lemak.
Badan kita bergantung kepada bekalan protein yang stabil untuk melakukan proses kritikal yang memastikan anda hidup dan sihat.
Protein terlibat dalam hampir setiap fungsi selular, dan diperlukan untuk meningkatkan sistem imuniti, pengeluaran hormon, menggalakkan pertumbuhan otot dan tulang, dan banyak lagi.
Protein adalah komponen utama dalam otot rangka (skeletal muscle), iaitu membentuk 80% jisim otot. Untuk mengekalkan jisim otot yang sihat dan menyokong pertumbuhan otot, kita mesti mengambil diet yang kaya dengan protein.
Kajian menunjukkan bahawa mengambil lebih banyak protein daripada elaun diet yang disyorkan (Recommended Daily Allowance) boleh membantu orang membina jisim otot dan mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan.