Aafiyat Cakna: Obesiti Faktor Risiko Komplikasi Jangkitan Covid-19
Kalau dah namanya Juara, mestilah terbaik dan awesome
Tapi…
Tidak pada situasi ini..
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar obesiti dalam kalangan penduduk berbanding dengan negara ASEAN yang lain.
Ini bukan awesome ya guys!
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
individu yang mempunyai rekod NCD seperti obesiti atau masalah kegemukan berdepan risiko komplikasi jangkitan kuman berlipat kali ganda berbanding sekadar radang paru-paru.
Dengan sebab itulah, kita perlu lebih berwaspada dan ambil cakna pemakanan harian kita untuk membendung situasi ini.
Kajian terhadap 155 warga Jepun yang obes menunjukkan kesan pengurangan jisim lemak badan apabila meminum cuka setiap hari selama 12 minggu. Bacaan berat badan, BMI, lemak viseral, ukuran lilitan pinggang dan paras trigliserida serum adalah jauh lebih rendah dalam kedua-dua kumpulan pengambilan cuka 15ml(1 sudu besar) & 30 ml(2 sudu besar) berbanding bacaan dalam kumpulan tidak mengambil cuka.
Ayuh amalkan bancuhan air masak dan cuka buahan asli setiap kali selepas sajian berat, di samping pengambilan lemak sihat daripada minyak zaitun di awal pagi.
Rujukan:
(1) Malaysia 'juara' gemuk di ASEAN - Kosmo Digital
(2)https://www.moh.gov.my/moh/resources/Keratan%20Akhbar/2020/Mei/Keratan_Akhbar_4_Mei_2020.pdf
(3) Kondo, T., Kishi, M., Fushimi, T., Ugajin, S., & Kaga, T. (n.d.). Vinegar intake reduces body weight, body fat mass, and serum triglyceride levels in obese Japanese subjects. Bioscience, biotechnology, and biochemistry. Retrieved from https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19661687/