Q&A Eczema dan Psoriasis
Q&A ECZEMA DAN PSORIASIS
Question
APA PERBEZAAN ANTARA ECZEMA DAN PSORIASIS ?
Answer
Eczema dan psoriasis adalah dua keadaan kulit yang sering mengelirukan kerana kedua-duanya menyebabkan keradangan dan kegatalan pada kulit.
Namun, terdapat beberapa perbezaan utama antara keduanya:
ECZEMA
Ekzema, atau dermatitis atopik, biasanya disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti terhadap pencetus tertentu seperti pewarna, fabrik, sabun, haiwan, dan perengsa lain.
Ia menyebabkan kulit kelihatan merah, meradang, mengelupas, retak, lepuh, atau penuh nanah.
Ekzema menyebabkan kegatalan yang teruk dan boleh menyebabkan kulit terkopek dan berdarah jika digaru.
Ekzema sering muncul di lipatan kulit seperti di belakang lutut dan siku, serta pada muka dan leher.
Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
PSORIASIS
Ia adalah keadaan autoimun kronik yang mengakibatkan pengeluaran sel kulit berlebihan.
Ini menyebabkan sel-sel kulit mati terbentuk menjadi sisik kulit putih yang tebal.
Kulit menjadi meradang dan merah, menyebabkan gatal-gatal yang serius.
Tompok putih yang tebal adalah ciri psoriasis yang utama.
Ia biasa berlaku pada lutut, siku, kulit kepala, dan leher.
Ia juga boleh muncul di muka dan kepala.
Psoriasis biasanya berlaku pada orang dewasa atau pertengahan umur.
PERBANDINGAN
1. Kedua-duanya menyebabkan keradangan, tetapi psoriasis cenderung menyebabkan kulit lebih tebal dan bersisik, manakala ekzema lebih cenderung menyebabkan kulit mengelupas dan berair.
2. Psoriasis adalah masalah autoimun, manakala ekzema adalah tindak balas hipersensitiviti.
3. Psoriasis sering berlaku pada orang dewasa, sementara eczema pada kanak-kanak.
4. Psoriasis berlaku pada bahagian luar sendi, sementara eczema pada bahagian pelipatan sendi.
Jika anda mempunyai sebarang gejala yang mencurigakan, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar dermatologi untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
Ini kerana psoriasis bukan saja melibatkan kulit, tetapi sendi dan organ dalaman lain kerana ia berpunca dari penyakit autoimun.
Semoga bermanfaat.