Info Aafiyat: Ramai daripada Kita Eat Food, Not Nutrients
Asal saja halal, mengenyangkan dan lazat di tekak, itu sudah dirasakan suatu kepuasan.
Tak kisah lah;
❗Tinggi gula tambahan
❗Tinggi garam tersembunyi
❗Tinggi lemak trans
❗Pemprosesan berkali-kali & dilabelkan makanan segera..
Ini semua bukan jadi ‘habit’ kebanyakan masyarakat di Malaysia dan negara membangun lain seluruh dunia.
Hakikat sebenarnya yang mereka tidak sedar ialah mereka menikmati makanan ibarat ‘kosong’ pada nilai, hampir setiap hari.
Nutrien berharga dalam sesuatu makanan telah pun hilang melalui penambahan bahan tertentu dan pemprosesan berkali-kali.
Dalam ilmu nutrisi, pengambilan diet yang sihat sepanjang perjalanan hidup bantu mencegah situasi kekurangan zat makanan (nutrien) dalam semua pengkelasannya (malnutrition) serta pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD) dan keadaan berkaitan.
Walau bagaimanapun, disebabkan peningkatan pengeluaran makanan yang diproses, pembangunan yang pesat dan perubahan gaya hidup telah membawa kepada peralihan dalam corak pemakanan.
Sepinggan hidangan makanan di atas meja kita bukan lagi bermanfaat buat tubuh badan. Bahkan,menerukkan pula situasi kesihatan. Contohnya buat penghidap kencing manis, darah tinggi mahupun risiko kegagalan jantung.
Oleh itu, beringatlah. Makanan yang kita ambil bukan hanya mengisi kemahuan ‘lazat’, tetapi harus juga berkhasiat, agar dapat jalani kehidupan lebih Aafiyat🤗
Rujukan:
(1) https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/healthy-diet
(2) https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/disease-prevention/cardiovascular-disease/preventing-cvd/