Info Aafiyat: Kaitan Stres & Obesiti
Stres atau tekanan ialah keadaan apabila seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental. Situasi ini berkaitan dengan cara hidup atau lifestyle. Semakin stres seseorang itu, semakin jauhlah dia dari amalan sihat yang seharusnya dilakukan dan dipraktikkan.
Apabila mengalami tekanan atau stres, selera makan akan menjadi-jadi dan berat badan akan bertambah apabila makan mengikut selera makan tanpa kawalan.
Kemurungan berlebihan juga menyumbang kepada stres yang melampau. Jika tidak ditangani dengan betul ianya bukan sahaja mempengaruhi kualiti kehidupan malah mempengaruhi hubungan dengan orang lain.
Justeru, untuk mengelak dari gejala seumpama ini, gaya hidup sihat cara Aafiyat seperti aktiviti fizikal dan amalan pemakanan sihat sangat diperlukan. Beberapa kajian menunjukkan makanan yang mempunyai kandungan Polifenol berupaya memberi perlindungan dan menyokong fungsi kognitif otak serta menurunkan kadar tekanan atau kemurungan.
Rujukan: Lin. K., Li. Y., Toit. E. D., Wendt. L., & Sun. J. (2021, November 8). Effects of Polyphenol Supplementations on Improving Depression, Anxiety, and Quality of Life In Patients With Depression