Info Aafiyat: Jadual Padat bukan Penghalang Makanan Tidak Berkhasiat!
‘1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia TIDAK aktif secara fizikal’
(Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019)
Kajian itu juga mendapati 27% daripada warga Malaysia yang paling kurang aktif secara fizikal ialah penduduk di kawasan bandar yang bekerja selama lebih daripada 40 jam dalam seminggu di pejabat dan dalam keadaan duduk menghadap laptop selama 7–10 jam sehari. Tambahan pula dalam suasana penghawa dingin sepanjang hari.
Ini merupakan suatu cabaran untuk kekal aktif.
Inilah yang dikategorikan sebagai sedentary lifestyle.
Semakin lama tempoh masa anda statik atau duduk, semakin kurang anda bergerak, dan akan semakin tinggi kepada risiko penyakit berkaitan jantung.
Jadi, anda perlu lakukan sesuatu!
Bangun sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh duduk selama 45 minit dan berjalan-jalan selama beberapa minit serta penggunaan tangga untuk ke tingkat atas bangunan pejabat daripada menaiki lif.
Anda juga perlu:
✅Minum air putih setiap 30 – 45 minit sekali agar tekak anda tidak terasa kering untuk tempoh yang lama dan otak juga berperanan dengan lebih baik.
✅Elakkan ambil minuman manis sebagai penghilang dahaga atau kononnya sumber kesegaran.
✅Elakkan makan makanan segera, dengan alasan tidak mahu bergerak langsung daripada meja pejabat anda.
Percaya atau tidak,
Dengan lakukan semua ini, akan berikan kelegaan kepada otak, tulang, otot, malah sistem peredaran darah anda.
Ingat, jadual harian selama 8 jam sehari yang padat, bukanlah lesen untuk anda sewenang-wenangnya mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
Jom sama-sama amalkan gaya hidup aafiyat🤗
Rujukan:
(1) 4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf (moh.gov.my)
(2) http://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/258752/9789290225966-eng.pdf;jsessionid=9B5379B20C6A11894B025BAC065CA188?sequence=1