Bingkisan Jumaat: Tuntutan Berselawat Sebelum Membaca Doa Selepas Azan
Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash RA, bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:
"Apabila kalian mendengar ucapan mu'azin maka ucapkanlah seperti yang diucapkan mu'azin, kemudian berselawatlah untukku, kerana seseorang yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Mohonlah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah adalah kedudukan yang tinggi di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap aku adalah hamba tersebut. Dan sesiapa memintakan wasilah untukku, maka layaklah syafa'at untuknya."
(Hadith riwayat Muslim)
Antara amalan sunnah yang sering kita lupa atau tidak diketahui adalah sunnah berselawat sebelum menjawab azan. Oleh itu hendaklah kita mendahului dengan berselawat sebelum membaca doa selepas azan.
Ayuh kita perbanyakkan juga selawat ke atas junjungan Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat yang mulia lagi diberkati ini. 🤗