CW 25.06.2021 : Allah SWT Hanya Menerima Yang Baik-baik
✨ Bingkisan Jumaat : Allah SWT Hanya Menerima Yang Baik-baik
Ada sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim , mafhum nya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik."
Ya, Allah itu baik. Sangat Baik. Hari-hari kita banyak buat dosa, tetapi Dia tetap beri kita oksigen untuk bernafas.
Selalu juga kita lewatkan solat fardhu, tetapi Dia masih beri kita nyawa dan masa untuk bertaubat.
Ada masa-masa kita berasa sombong dan lebih hebat daripada orang lain, tetapi Dia masih izinkan kita untuk berjalan bebas di atas muka buminya.
Baik kan Allah?
Nah, apa cara untuk kita balas kebaikan Allah (walaupun kita tak mungkin dapat membalasnya sampai bila-bila) selain daripada mematuhi segala suruhan dan meninggalkan semua larangan-Nya?
"...Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik."
Menjadi baik dalam kehidupan seharian dan menyebarkan kebaikan kepada orang lain !
Ada kucing lapar dok usap-usap kepala dia kat kaki kita semasa kita sedang menikmati makanan, hulurkanlah secebis ayam goreng kita.
Mak ayah kesunyian di rumah, selalu-selalulah balik ke kampung ziarah atau hubungi mereka.
Jiran kurang sihat, berikanlah dia Minyak Habbatus Sauda Olive House dan Madu Pergunungan Kyrgyzstan untuk diamalkan. Eh !
Pendek kata, baik dalam serba-serbi hal dan segenap aspek kehidupan !
Dapat sesuatu dari perkongsian ni ? Jangan lupa share tau.