Aafiyat Sharing: "Pengambilan Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung"; Ya atau Tidak?
Hmm, mesti ramai nak tahu kan?
Jawapannya ada pada kajian berskala besar melibatkan 61,181 wanita dari Nurses' Health Study (1990 hingga 2014) dan 31,797 lelaki daripada Health Professionals Follow-up Study (1990 hingga 2014) yang bebas daripada barah, penyakit jantung, dan strok.
Pola pemakanan (diet) mereka dinilai melalui soal selidik terperinci.
Pemerhatian selama 24 tahun ini menyimpulkan bahawa:
✅ Pengambilan minyak zaitun sememangnya mengurangkan risiko penyakit jantung samada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
✅ Amalan menggantikan marjerin, mentega, mayonis, dan lemak tenusu dengan minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
✅ Purata pengambilan Minyak Zaitun dalam kajian ini adalah 12g sehari (1 sudu besar) manakala dalam kajian lain sehingga 40g sehari. (kurang lebih 4 sudu besar)
Di Olive House, kami mencadangkan pengambilan:
📍Dewasa 1 - 4 sudu besar pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus 30 setiap hari sebagai tanda penghargaan pada jantung kita.
📍Untuk kanak-kanak pula memadai 1/2 - 1 sudu teh bermula usia 6 bulan keatas samada dicampur bersama madu atau makanan mereka.
Ambilan boleh dibuat pada waktu pagi (sebaik sahaja bangun tidur & pada waktu malam (betul-betul sebelum tidur).
Rujukan; Guasch-Ferré, M., Liu, G., Li, Y., Sampson, L., Manson, J. E., Salas-Salvadó, J., . . . Hu, F. B. (2020). Olive Oil Consumption and Cardiovascular Risk in U.S. Adults. Journal of the American College of Cardiology , 75(15), 1729-1739. doi:10.1016/j.jacc.2020.02.036
Dapatkan pdf kajian disini: https://bit.ly/3hWyh1Y