Kajian: Olivie Force/Riche Membantu Menurunkan Gula dan Kolesterol dalam Tikus
>>Kajian: Olivie Force/Riche Membantu Menurunkan Gula dan Kolesterol dalam Tikus
Kencing manis atau diabetes mellitus, adalah satu keadaan di mana tahap gula dalam darah (glukosa) menjadi terlalu tinggi. Ia berlaku apabila tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin dengan efektif. Kencing manis boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan jika tidak dikawal dengan baik. Ini termasuk penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan dan masalah saraf. Oleh sebab itu, pemantauan dan pengawalan gula dalam darah amat penting bagi mengelakkan komplikasi kencing manis yang boleh membahayakan kesihatan serta mengancam nyawa.
Amalan pemakanan yang sihat serta senaman yang kerap merupakan antara pendekatan utama dalam mengawal kencing manis. Selain daripada itu, pengambilan suplemen serta produk semulajadi yang mempunyai kesan anti-diabetes boleh diamalkan bagi mengawal aras gula tersebut. Banyak kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti bahan-bahan semulajadi yang mampu mengawal masalah kencing manis. Antaranya adalah esktrak pokok zaitun, yang mempunyai kesan positif dalam membantu mengawal tahap gula dan kolesterol dalam darah.
Memetik sebuah kajian yang diterbitkan di dalam International Jounal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences pada tahun 2016, ekstrak daun dan buah zaitun (OLIVIE FORCE/RICHE) telah diberikan kepada tikus yang mengalami kencing manis bagi melihat perubahan aras gula dan kolesterol dalam tikurs tersebut. Ekstrak zaitun diberikan setiap hari selama 28 hari, diikuti dengan analisis sampel darah bagi mengukur gula dan profil lipid.
Hasil kajian menunjukkan aras gula yang ketara berbanding tikus yang tidak diberikan ekstrak zaitun. Aras kolesterik dan kolesterol-LDL turun menurun manakala aras kolesterol-HDL meningkat membuktikan kesan positif esktrak tersebut. Selain itu, ekstrak zaitun turun menunjukkan kesan anti-radang pada hati melalui penurunan aras enzim AST dan ALT. Ekstrak zaitun juga berjaya mengawal aras urea dan kreatinin yang menjadi penanda bagi komplikasi buah pinggang akibat kencing manis. Penyelidik turut membandingkan kesan ekstrak zaitun dan ubat kencing manis iaitu glibenclamide ke atas tikus dan mendapati penurunan gula dan kawalan kolesterol bagi ekstrak zaitun adalah sama dengan gliblenclamide. Menurut penyelidik, kajian ini membuktikan potensi esktrak daun dan buah zaitun yang kaya dengan polifenol sebagai ubat semulajadi untuk penyakit kencing manis.
Disediakan oleh: Dr Mohd Shahrul Ridzuan bin Hamil